FOLLOWER

27 Ogos 2016

Pengumpulan Untuk Jualan Amal

Pengumpulan Untuk Jualan Amal



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pengumpulan Untuk Jualan Amal dianjurkan oleh Biro Wanita, JKKK Kampung Bukit Kapar.  Sama-samalah kita menyokong usaha murni ini, semoga mencapai sasaran yang diharapkan.


Pengumpulan Untuk Jualan Amal

Biro Wanita, JKKK Kampung Bukit Kapar membuat pusat pengumpulan untuk pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak.  Termasuk juga beg, kasut, perkakasan dapur dan lain-lain keperluan yang masih dalam keadaan elok, tidak lulus atau rosak.


Terima kasih baca entri ini, Pengumpulan Untuk Jualan Amal

26 Ogos 2016

Coklat dan Pen sebagai agen momentum pembakar semangat

Coklat dan Pen sebagai agen momentum pembakar semangat



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Coklat dan Pen sebagai agen momentum semangat pada hari ini.  Biarpun coklat Van Houten dan Pen besar Happy Rabbits itu sebenarnya YB beli pada pagi semalam.  Macam mana nak cerita ehh...

Masih teringat kata-kata daripada seseorang yang amat YB kagumi.  Biarlah nama dan jawatannya tersemat di sanubari YB.  Korang pun mesti ada seseorang yang menjadi idola dan kata-katanya korang jadikan sebagai agen momentum.  YB ingat, beliau pernah berkata; sebagai pekerja kita tidak dapat elak daripada dimarahi oleh Bos atau rakan sejawat.  Marah oleh rakan sejawat itu mungkin kita boleh terima kerana kita akan anggap itu sebagai satu gurauan.  Tetapi itu semua tidak meninggalkan kesan emosi yang mendalam kepada kita.  Pesan beliau lagi sekiranya kita ditegur lantas menyebabkan emosi kita terganggu, maka carilah sesuatu penawar untuk mengubati kesakitan itu.

Penawar yang dicari itu tidak perlu besar, mahal atau susah.  Cukup sekadar kita pergi 'window shopping' lepas waktu pejabat.  Atau ketika waktu pejabat boleh saja kita larikan diri seketika ke bilik solat, buatlah solat sunat dua rakaat.  Jika masa tidak sesuai, istighfarlah.... mudah-mudahan Allah memudahkan urusan kerja kita.


Coklat dan Pen
Coklat Van Houten dan Pen Happy Rabbits dengan 7 warna :P

Dan, apa pula kaitannya gambar di atas dengan kena marah?

Begini.  Pen dan coklat itu dibeli semalam, sebagai menghargai diri sendiri atas usaha yang telah dilakukan sepanjang sebulan perkhidmatan.  Masih tak nampak?  Memang tak kan nampak.  Sebab hari ini baru nak upload dan nak bercerita pasal entiti dalam gambar tu.  Lagi pula memang tiada kaitan pun dengan teguran pada hari ini dengan entiti yang dibeli semalam.  Untuk teguran hari ini mungkin YB akan dapatkan sesuatu yang menarik lagi sebagai pengubat hati.

Okey... memang entri ini lari lintang pukang.  Tajuk lain, intro lain, gambar lain dan penutupnya juga lain.  Tetapi YB harap korang yang baca ni, dapatlah apa mesej yang YB hendak sampaikan.  Kalau tak dapat... Tak dapatlah YB nak tolong. 


Mini Giveaway Lucky Nine

Mini Giveaway Lucky Nine


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mini Giveaway Lucky Nine dianjurkan oleh rakan blogger yang telah lama juga YB kenali tetapi tidak ingat pula.  Tetapi untuk Mini Giveaway ini, YB tahu melalui rakan blogger Syira Lokman. :D Dan, entri ini merupakan entri penyertaan YB bagi giveaway yang dianjurkan oleh Mya Farisha. Orang Perak rupanya Mya nie.  Nak tahu lebih lanjut mengenai giveaway atau mengenai Mya Farisha?  Hihihi.... 

.
.
.
.

Okey terus saja selusuri entri untuk giveaway:


Mini Giveaway Lucky Nine

Klik banner untuk join :D



Senarai hadiah yang ditawarkan:


Top Referral :
Wang Tunai RM50

Random :
1. Custom made pouch x 2 pemenang [byAyong]
2. Custom made mini cute pillow x 1 pemenang [byAyong]
3. Sabun Collagen Nurraysa x 1 pemenang [DNIA House]
4. Topup RM5 x 2 pemenang [DNIA House]
5. Blog Review + Bloglist x 2 pemenang [Mya Farisha]

Penyertaan berakhir 2 September 2016
Selamat berjaya :)


Terima kasih baca entri ini, Mini Giveaway Lucky Nine

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...