FOLLOWER

20 Oktober 2009

Ada Apa Dengan Badan Ikthtisas


Salam sejahtara.... hmmm.... semenjak dua menjak ni... aye suka sangat dengan perkataan 'Ikhtisas'. 

Senario1
A:  Akak, badan ikhtisas tu ape? (tanya)
B:  Akak, kelulusan ikhtisas tu ape? (tanya)
Akak:  Yang akak tau la... ikhtisas tu lebih kurang macam kelab atau persatuan yang berprofail tinggi ... tapi tak pe... nantik akak semak dengan DBP tentang maksudnya, buleh? (tanya jugak)

Untuk menjawab semua persoalan dan memudahkan rujukan pada masa depan, aye pun surf kat internet.... nak cari maksud dan cerita sebenar di sebalik IKHTISAS yang menjadi soalan cepumas...

~~~~
ikhtisas adalah adjektif (kata sifat - kata yang menunjukkan sifat sesuatu benda)

Bahasa Asal : Arab
Bersinonim dengan profesional, kompeten, cekap, berkelayakan, berkelulusan, mahir, terlatih.,


Takrif:
1. utk mata pencarian (bkn pekerjaan dll), utk atau dgn tujuan memperoleh bayaran atau pendapatan, profesional: pelukis ~;
2. berkaitan dgn pekerjaan atau sesuatu profesion: sijil kelayakan pelajaran dan ~;
3. memerlukan atau melibatkan kepandaian atau kemahiran khusus: secara umum, konsep pentadbiran perkhidmatan pelajar bolehlah dikatakan sbg satu bentuk pentadbiran ~ yg dikendalikan dgn satu tujuan; mengikhtisaskan menanamkan sikap profesional: salah satu masalah yg terus terpendam adalah utk ~ dan memodenkan kaum Malaysia.

Lagi... berkaitan ikhtisas
1.  kolej:  kolĂ©j/sekolah tinggi tempat mendapat latihan ikhtisas; maktab: ~ pertanian.
2.  ahli utama:  orang yg menganggotai sesuatu badan ilmiah atau ikhtisas yg tertinggi.
3.  diploma: 
     1) sijil tanda lulus dlm pendidikan, terutamanya yg bertaraf separa ikhtisas: ~ pertanian; ~ perikanan.
    2) sijil tanda lulus dlm pendidikan yg diperoleh selepas mendapat ijazah pertama: ~ pendidikan.

Contoh Badan Ikhtisas di Malaysia:
1.  BADAN PERAKAUNAN
(i)  Ahli Institut Perakaunan Malaysia;

(ii) Ahli The Malaysian Association of Certified Public Accountants;
(iii) Ahli The Institute of Chartered Accountants in England And Wales;
(iv) Ahli The Institute of Chartered Accountants of Ireland;
(v) Ahli The Chartered Association of Certified Accountants (sebelumnya The Association of Chartered Certified Accountants (United Kingdom);

... bersambung ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...