FOLLOWER

11 September 2009

Jangan dilupakan 12 beradik hilang tempat bergantung

Sekadar memanjangkan kepada yang ingin menderma kepada anak yatim dalam bulan ramadhan ini .
Kisah keluarga ini minggu lepas dalam harakah dan pagi ini dalam sinar harian.... tersentuh juga hati memikirkan 12 beradik ini yang kehilangan tempat bergantung dan akan menyambut hari raya nanti dan belanja persekolahan mereka nanti tanpa ayah yang selama ini sebagai sumber rezeki mereka.
" Kalau ayah meninggal, ayah harap sangat doa dari anak-anak yang soleh mendoakan ayah...." ucap Abdul Karim Abd Aziz , 51 kepada anak keempatnya , Imanina Abdul Karim , 19 , sehari sebelum beliau terkorban dalam satu kemalangan ngeri di Lebuh Raya Persekutuan , berhampiran Pusat Perubatan Universiti Malaya pagi Ahad lalu 30 August 2009.
Imtinan yang ditemui dirumahnya di No 40 Jalan KM3 , Darul Hidayah , 43100 Hulu Langat , Selangor berkata , mereka sekeluarga tidak menyangka pesanan ayahnya itu menjadi kenyataan .
Dalam tragedi tersebut , Abdul Karim memandu kereta perodua kancil maut apabila kenderaannya dirempuh sebuah treler dari arah bertentangan. Abdul Karim yang bekerja sendiri , meninggal dunia ditempat kejadian akibat parah di kepala dan badan manakala isterinya , Maimon Said , 52 dan anak lelakinya , Mohd Ihsan yang berada dalam kereta itu turut parah. Maimon dan Mohd Ihsan dirawat di PPUM dan mereka berdua yang koma semasa kemalangan tersedar pagi selasa lalu .
Abdul Karim meninggalkan dua belas anak yang berusia antara 9 hingga 24 tahun , Sementara itu Imtinan yang terpaksa mengambil alih tugas untuk menjaga adaik-adiknya berkata , beliau reda dengan nasib yang menimpa mereka sekeluarga. Beliau yang berkerja sebagai guru di sebuah sekolah agama rakyat , dekat sini berkata biarpun gajinya lebih kurang RM1000 beliau akan cuba sedaya upaya menjaga adik-adiknya. Memanglah selama ini kami adik-beradik bergantung penuh kepada ayah, baik duit belanja ataupun menghantar adik-beradik kesekolah dan sebaginya. Lagipun nasib umi (ibunya) tidak tahu lagi sebab dia pun serius juga, ujarnya dengan nada sedih. Malah katanya beliau tidak mahu adik-adiknya tercicir dalam pelajaran walaupun terpaksa menyara enam lagi adik-adiknya yang masih bersekolah. Katanya , selagi termampu beliau akan menjaga adik-adiknya biarpun masih kabur untuk mencari wang secukupnya.
Disaat ini juga katanya , beliau belum terfikir untuk membuat persiapan menyambut kedatangan Adilfitri tidak lama lagi. Beliau berkata, ini termasuklah baju raya adik-adiknya belum dibeli lagi . "tidak tahulah sama mampu beli ataupun tidak kerana sebelum ini ayah yang belikan dan biasanya ayah beli pada akhir Ramadhan,"ujarnya sambil merenung adik-adiknya. bahkan ujarnya , mungkin mereka adik-beradik tidak dapat balik kampung di Lenggung Perak pada hari raya ini. "macam mana nak balik kereta kancil ayah remuk sama sekali dan kami pun ramai. Mereka terdiri daripada , Imtinan ,24 , Ibtihal 23, Inshyirah , 21, Izyani , 18 , Ilhamina , 17 , Ibtisam , 17 , Ibtihaj , 16 , Ismahani , 15 , Mohd Ikram 14 , dan Imtiyaz , 9 tahun. Sementara seorang lagi adiknya , Imanina, 19 berada di PPUM menjaga ibu dan adiknya, Mohd Ihsan 11 tahun yang terlibat dalam kemalangan tersebut,
Setiap kali kakak mereka bercerita mengenai ayahnya masing-masing bergenangan air mata. paling tersentuh apabila melihat Mohd Ikram yang diapit kakak dan adik-adiknya tidak dapat mengeluarkan sepatah kata pun apabila ditanya mengenai cita-citanya. Beliau terus menundukkan kepala beberapa ketika bagi menahan sebaknya . Pelajar Maahad Tahfiz , Batu 16 , Ulu Langat ini hanya mampu memandang keluarganya dengan penuh sayu sambil menyapu air matanya. Ketika ini juga adik-adiknya yang lain termasuk neneknya berlinangan air mata melihat kesedihan dan keshahduan Ikram.
Dalam pada itu, Inshyirah yang mengambil upah menjahit baju , berkata beliau akan mencari pekerjaan lain untuk membantu adik-adiknya . Beliau yang menetap bersama neneknya di Perak berkata , tidak akan membiarkan adik-adiknya susah, yang penting persekolahan mereka dan ayah pun sebelum ini bersengkang mata untuk menyara kami,"katanya.
Sementara itu sesiapa yang ingin menyumbang kepada keluarga anak yatim tersebut bolehlah menghulur bantuan menerusi akaun bank INSHYIRAH ABDUL KARIM : 158136726121 MAYBANK
TAZKIRAH RAMADHAN :
Anak yatim adalah merupakan golongan manusia dan generasi yang amat memerlukan perhatian dan belaian kasih sayang dan perhatian daripada semua lapisan masyarakat, khususnya mereka diberikan oleh Allah kemewahan dan kelapangan masa bagi tujuan mendidik dan mengasuh. Oleh kerana anak-anak yatim ini tidak mendapat kasih sayang dan kemudahan yang secukupnya kerana kehilangan ibu atau bapa atau keduanya sebelum mencapai umur baligh.
Islam meletakkan kedudukan yang amat tinggi kepada anak yatim. Oleh itu masyarakat bertanggungjawab memberi perhatian yang sewajarnya dengan memberi belaian kasih sayang sepenuhnya kepada mereka. Mereka adalah anggota masyarakat yang kurang bernasib baik yang telah ditentukan oleh Allah (Qada’ Qadar). Dengan ini Allah meletakkan darjat dan pahala yang tinggi bagi insan yang mahukan perubahan dan sanggup meluangkan masa, tenaga dan perhatian yang penuh ikhlas terhadap kebajikan mereka sebagaimana dijelaskan oleh Rasullullah dalam Hadis :
Rasullullah dalam Hadis : خَيْرُ بَيْتٍ فِي الْمُسْلِمِيْنَ بَيْتٌ فِيْهِ يَتِيْمٌ يُحْسَنُ اِلَيْهِ وَشَرُّ بَيْتٍ فِي الْمُسْلِمِيْنَ بَيْتٌ فِيْهِ يَتِيْمٌ يُسَاءُ اِلَيْهِ
Ertinya :
Sebaik-baik rumah ialah rumah orang Islam yang ada di dalamnya anak-anak yatim diasuh dengan baik dan sebaliknya seburuk-buruk rumah adalah rumah orang-orang Islam yang ada anak yatim tetapi tetapi tidak dijaga dengan baik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...