FOLLOWER

21 April 2010

Ada Apa Dengan KAWAN?

Salam ... jumpa lagi dalam hari yang sama tetapi berlainan entri... kenapa... ??? sendiri jawablah...entri ni berkaitan satu e-mail yang telah lama diterima dan dah lam jugaklah dalam folder ... so hari kira macam proses 5S juga... iaitu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal... kat sini Aye ambik konsep S pertama iaitu sisih ... keluarkan yang tak perlu... (nak delete fail la nih)....So ini lah cerita nya... baca ya... nak copy pun tak per...
~~~~~~~~~

*  kata mak, KAWAN tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang.......

*  kata abah, KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit.....

*  kata atuk, KAWAN tu seperti air, terus mengalir..... 

*  kata nenek, KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana....

*  kate sedare, KAWAN tu macam makanan, kawan makan kawan!!... KMK…

*  kata abang, KAWAN tu seperti lembu, mengikut saje ape dikata........ 

*  kata kakak, KAWAN tu tak ubah macam durian, bau je busuk tapi sedap dimakan....

*  kata adik, KAWAN tu macam biskut, sekejap ade sekejap takde....... 

*  kata aku, KAWAN Tu tak kisahlah camner…  walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!  dia tetap kawan... tau tak sebab ape???  sekali aku dah kawan ngan dia  selamanye dia tetap kawan aku…

~~~~~~~~~~~~~~
itulah ceritanya.... so... siapakah KAWAN anda... dan siapa pula ANDA kepada KAWAN anda....

Amalan Terbaik Dalam Hidup (Siri 5)

Assalamualaikum, salam sejahtera.  Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah S.A.W.

Berikut adalah rentetan amalan yang terbaik dalam hidup untuk panduan dan amalan serta ingatan untuk diri yang sering alpa.
41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung ), maka berdirilah ( sbg tanda penghormatan ) - Muttafaq Alaih

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud

46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi ( apabila mendatangi rumah sahabat ) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib

49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami

50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik bagi orang yang senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.
Wallahu a'lam

Punca kesusahan

Kesusahan hidup di dunia ini berpunca dari diri sendiri kerana tidak mahu menerima hakikat perjalanan yang hakiki, sebaliknya mengikut jejak orang yang salah/engkar kepada Tuhan di dalam mencari bukti
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...