FOLLOWER

12 Mei 2010

Kalau Cikgu Zara Cikgu Saya ... suka tak?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Entri kali berkaitan Pertandingan Sempena Hari Guru : Kalau Cikgu Zara Cikgu Saya Atau Saya Sendiri Adalah Cikgu Zara.  Anjuran Cikgu Zara.  Ada dua (2) tema yang disediakan, iaitu 1.  Kalau Cikgu Zara Cikgu Saya, 2.  Kalau Saya Sendiri Adalah Cikgu Zara.

Tema yang aye pilih adalah "Kalau Cikgu Zara Cikgu Saya"

Kalau Cikgu Zara Cikgu Saya, pasti hari-hari ketika dalam kelas Cikgu Zara saya akan duduk di depan sekali untuk menatap wajahnya dan mendengar celotehnya untuk memahami apa yang diajar.  Saya juga pasti akan menjadi murid pertama yang menjawab soalan cikgu dan sayalah orang yang pertama akan menyambut Cikgu Zara di muka pintu kelas serta orang yang terakhir keluar dari kelas Cikgu Zara. 

Cikgu Zara mengajar subjek Kimia kan?  Pastinya subjek itu akan menjadi subjek kesukaan saya dan saya akan mendapat keputusan yang cemerlang.  Walau apa pun subjek yang Cikgu Zara ajar, pastinya kelas cikgu tidak membosankan kerana Cikgu Zara bijak bermain dengan kata-kata.

Saya juga berharap Cikgu Zara takkan jemu mengajar saya kerana saya ni lembap sikit.  Lagi pula Cikgu Zara kan pakar psikiatri.

Terima kasih cikgu.  Terima kasih kepasa semua Cikgu-Cikgu seluruh Malaysia yang telah mendidik saya sehingga menjadi saya pada hari ini.  Semua tunjuk ajar Cikgu tidak akan saya lupakan.  Semoga Cikgu terus suksess. 
Ikhlas dari 'anak murid senior'
~~~

TIPS OLEH DR FADZILAH KAMSAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
TIPS DIPETIK DARI KURSUS IBUBAPA SEBAGAI MOTIVATOR OLEH DATO’ DR FADZILLAH KAMSAH YANG DISERTAI OLEH AHLI PERSATUAN KAKITANGAN ISLAM JOHOR PADA 20.02.2010



1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a.  Salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih” dan digalakkan doa 12 pintu.

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur setiap hari. Merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat dan solat istikharah bila ada keperluan.  Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran.  Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-Allah” sebanyak 3X.

5) Bermaaf-maafan sesama kawan dan pasangan setiap hari.  Semasa meminta maaf perlu sebutkan. Kita mungkin tidak boleh mohon maaf kepada semua manusia tetapi kita berupaya untuk memaafkan semua orang. Cara ini mengurangkan beban emosi dan kita akan lebih ceria pada setiap hari.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif.  Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka) dan ini boleh boleh dipraktikkan kepada anak-anak.

7) Program minda/cuci minda.  Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

9) Untuk mencuci hati antara aktiviti terbaik adalah dengan mencuci tandas. Mengikut sesetengah pendapat ianya dapat membasuh kesombongan pada hati.

10) Peluk pasangan setiap hari sekurang-kuranya 3 kali dalam tempoh 10 saat.  Jangan lama sangat dikhuatiri kita tidak terpaksa ambil cuti kecemasan (ada faham).

11) Berkata-kata/menasihat anak kita pada waktu yang sesuai di dalam membentuk jiwa dan ruhaninya. Waktu yang digalakkan (teachable moments) adalah seperti berikut:-;

· Sebelum tidur
· Semasa tidur
· Selepas tidur
· Selepas riadah
· Selepas solat
· Selepas mandi air suam

12) Memberi arahan yang jelas kepada anak-anak seperti “ Nak, solat jangan ditinggalkan ” dan bukannya “ Nak, jadilah anak yang cemerlang ” (umum).

13) Ibu bapa kena imbangkan emosi keluarga, sekiranya bapa memarahi anak, si ibu perlu memujuk anak dan beri rasional kenapa ayah marah.

14) Jangan galakkan anak menjadi artis/penyanyi walaupun berbakat (tidak dijelaskan kenapa rasanya kita dah faham).

15) Elakkan dan jangan sekali-kali menyebut perkataan yang negatif kepada anak kerana doa ibu bapa adalah makbul.

16) Jangan risau anak tidak mendengar kata kita, tapi risaulah kerana anak-anak melihat perbuatan kita dan mencontohinya.

17) Setiap kali balik ke rumah ucapkan Basmallah 3x dan beri salam serta senyum. Pastikan suami dalam keadaan positif semasa pulang ke rumah walaupun penat bekerja. Kaum Bapa bantulah isteri membuat kerja-kerja rumah.

18) Makan dan minumlah serta buatlah sesuatu dengan tangan kanan kerana ada 18 enzim yang baik ada pada tangan kanan manakala pada tangan kiri ada 81 enzim yang menjadi anti bakteria dan sesuai untuk aktiviti mencuci qubul dan dubur. (sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri).

19) Amalkan membuang hadas besar dengan menyengetkan badan ke arah kiri dan memegang kepala dengan tangan kanan. Ini akan memudahkan lawas serta mengelakkan penyakit buasir.

20) Makan buah dahulu sebelum makan nasi supaya semua vitamin dalam buah tidak hilang!!!

21) Untuk lelaki jangan amalkan kencing berdiri (sesungguhnya syaitan itu kencing berdiri) kerana banyak keburukan seperti mendatangkan penyakit seperti ED dan sbgnya.

22) Hormatinya buku sebagai guru/ilmu jangan dicampak-campak atau tidak dijaga. Apatah lagi sekiranya kitab-kitab ilmu.

23) Amalkan bismillah lima banyak khasiatnya (lanjutan kena berguru dengan Hj Afandi).

24) Tarikh lahir boleh mencerminkan peribadi walaupun bukan 100% tepat. Anak-anak yang lahir pada 18 hb hingga 23 hb pada kebiasaanya lebih berupaya menjadi cemerlang atau boleh upaya juga menjadi sebaliknya terpulang kepada didikannya.

25) Anak kedua lebih berdikari dan biasanya agak tersisih dalam hiraki keluarga.

26) Amalkan tidur mengiring ke kanan.

27) Menyebutkan Hadis Qudsi “ Allah bertindak sepertimana yang difikirkan oleh hambanya”. Jadi kena sentiasa positif.

28) Ransang anak-anak dengan kata-kata positif sejak dalam kandungan lagi.

29) Ransang anak-anak semasa mereka bayi dan seterusnya sehingga dewasa. Apabila dewasa beri kebebasan kepada anak untuk memberi pendapat dan membuat pilihan.

30) Doa mempunyai kuasa yang hebat. “Doa itu senjata bagi orang mukmin”.

31) Ibubapa kena berubah terlebih dahulu baru boleh meransang perubahan pada keluarga.

32) Jangan mendera anak-anak, kerana anak-anak yang didera berkemungkinan besar akan mendera anaknya iaitu cucu kita.

33) Didik anak mengikut personaliti masing-masing, tidak boleh samakan semua cara kepada semua anak.

34) Orang yang berjaya apabila hari ini lebih baik dari semalam, orang yang rugi apabila hari ini sama dengan semalam dan orang yang celaka apabila hari ini lebih teruk dari semalam (hadis Nabi)

~~~~~~~~
Sumber:  email
`

Fikir dengan Zikir

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.  Semoga juga kehidupan kita dipenuhi dengan kebaikan di depan, di belakang, di kiri, di kanan, di atas, di bawah dan juga di dalam diri kita sendiri.
~~~~~~~~~~~~
Tadbirlah fikir dengan zikir
Tadbir zikir dengan amal
Tadbir amal dengan zuhud
Tadbir zuhud dengan redha
Tadbir redha dengan syukur
Tadbir syukur dengan sabar
~~~~~~~~~
Catatan:

1.  Fikir:
Bersinonim dengan akal: renungan, tanggapan, pendapat, anggapan, ingatan, menungan, tafakur, angan-angan

Bersinonim juga dengan ingat: ingatan, kira, rasa, sangka, kamat, firasat, telahan, teka,
Kata Terbitan : berfikir, berfikiran, memikir, memikirkan, terfikir, fikiran, sefikiran, pemikiran, pemikir,

2.  Zikir:
Perbuatan mengingati Allah dgn menyebut kalimah spt astaghfirullah, Allahuakbar, sama ada dgn lidah (zikir jali/jahri), atau dlm hati (zikir sirri/khafi); berzikir menyebut-nyebut nama Allah dan mengingati Allah; dikir.
 
puji-pujian, doa dsb kpd Allah yg diucapkan berulang-ulang. berzikir mengucapkan puji-pujian, doa dsb kpd Allah berulang-ulang.
 
zikir dan doa utk mengharapkan keredaan, keampunan, hidayah, pertolongan dsb drpd Allah. bermunajat melakukan munajat; berzikir dan berdoa: Setiap hari dia ~ semoga diredai Allah akan segala yg dilakukannya
 
3.  Amal:
Amal Jariah - perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan masyarakat (spt berderma).
 
Amal Ibadah - perbuatan utk berbakti kpd Allah (spt bersembahyang, berpuasa).
 
4.  Zuhud:
hidupnya tidak dikuasai oleh kemewahan dan keseronokan dunia; berzuhud mengamalkan sifat zuhud: perbanyaklah mengingati mati kerana itu akan mengurangkan seseorang drpd melakukan dosa dan menjadikannya ~ dlm urusan dunia; menzuhudkan menjadikan seseorang zuhud: mereka hanya mahu ~ diri kpd Allah; kezuhudan sifat zuhud: cinta kpd IIahi terbit drpd ~ jiwanya.
 
5.  Redha:
dgn ikhlas; rela. meredai menerima sesuatu dgn reda; merelai: Dia ~ segala kudrat Allah. meredakan membenarkan (melepaskan dll) dgn ikhlas; mengizinkan; merelakan: Dia ~ pemergian anaknya. keredaan perihal atau keadaan reda; keikhlasan; kerelaan.
 
(rĂ©da) bersedia dgn ikhlas hati (utk membuat sesuatu), rela: ada di dalamnya orang-orang yg ~ bersekutu bersama-sama sbg manusia; meredai merelai: jalan yg diredai Allah itu jalan Islam yg akan menenteramkan hidup; meredakan merelakan; keredaan kerelaan: terhasil sebuah masya­rakat yg berdisiplin, sebuah negara yg aman damai di bawah ~ Allah.
 
6.  Syukur:
1 terima kasih (kpd Tuhan), syukur terhadap nikmat Allah
2 beruntung; bernasib baik; mujur
 
7.  Sabar
-  betah menahan penderitaan (kesakit-an, kesusahan, dll): segala seksaan diterimanya 
-  tidak terburu-buru, tenang: ia menanti dgn ~ ketibaan suaminya; ~ itu separuh drpd iman; bersabar = ~ hati bertenang (fikiran, perasaan, dll), bersifat sabar: ceritalah segera, desak Noor Hamidah seolah-olah tidak dapat hendak ~ lagi; 
-  menahan kesusahan (kesedih-an, kemarahan, dll) dgn sabar, menenangkan perasaan (fikiran dll): maka marahlah ia, akan tetapi masih disabarkannya lagi; ~ hati menahan hati (marah dll); 
-  menahan orang (lain) drpd marah dll, meredakan perasaan orang yg sedang marah dll, membuat orang bersabar
 
Sumber:  Dewan Bahasa dan Pustaka

~~~Sekian~~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...