FOLLOWER

4 Ogos 2010

Tanda dah dekat sangat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Catatan pada 23 Syaaban 1431, 6 hari menjelang Ramadhan... Insya Allah mudah-mudahan kita dipertemukan dengan Ramadhan pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang.

Nak kata 2,3 hari rasanya dah banyak hari dah kot
kat tv dok keluar iklan tentang makanan dan minuman untuk berbuka puasa
lain-lain pun dok sibuk juga.... tumpang sekaki...
ada kaa..... kain baju baru nak pakai pada bulan Ramadhan
ini dah lebih.... itu iklan untuk hari raya boleh lah...
eeeehhhhh.... puasa belum mula dah terselit iklan tentang raya pulak...
tak lama lagi....
maka akan kedengaranlah pada setiap malam
kat kawasan perumahan .... dentuman mercun
maka.... bertebaran anak-anak setiap malam dengan kesibukan bermain mercun
terawih entah ke mana-mana....
tunggu dan lihatlah fenomena
yang biasa berlaku pada setiap kali bulan Ramadhan
semoga pada tahun ini tiada lagi
cerita tentang kehilangan jari ....
cerita tentang kecederaan akibat mercun
cerita tentang bermain meriam katak....
cerita tentang bermain meriam buluh...
cerita tentang bermain meriam tanah...
dan segala cerita....
yang melanda anak-anak melayu

dah habis?.... belum....akan bersambung dan berterusan lagi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...