FOLLOWER

30 September 2010

Rumah 1Malaysia

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

nak cerita panjang dah tak kuasa (idea dah kering)
nak tumpang cerita tentang Pertandingan Rekabentuk Rumah 1Malaysia
pertandingan ini terbuka kepada seluruh pelajar IPT

(gambarnyer blurrr skit... kalau nak jelas terus jer ke laman web pertandingan, lebih jelas lagi)

(alamat laman web rasmi pertandingan:  http://www.1malaysiahousedesign.co.cc/)

kepada adik-adik yang berminat (ewah-ewah...akak ni memang tak pandai bab merekabentuk rumah, belum dan tak pernah belajar architecture... kalau setakat paku memaku kat rumah tu boleh ler..) boleh le cuba asah bakat tu sekarang... tarikh tutup dah hampir dekat (15 Oktober 2010).

sekian adanya...

pujian dan celaan itu adakah milik kita selamanya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kita biasa mendengar orang memuji kita
Yakin dan percayakah dengan pujian itu
sedangkan kita tidak tidak layak untuk dipuji

kerana pujian itu juga
haruskan kita rasa bangga
sedangkan bukan kita sahaja yang layak

mengapa memuji jika tidak ikhlas
mengapa terima pujian jika tidak layak

dalam pada itu
sanggupkah kita terima celaan
andainya memang itu yang layak untuk kita

mengapa kita dicela
walaupun untuk sedikit kesilapan
mestikah kita terimanya dengan hati yang terbuka
atau lontarkan ke langit
atau lontarkan ke bulan dan bintang
atau lontarkan saja ke hutan belantara
atau lontarkan ia ke laut, gunung, bukit atau lurah (dendam)
atau lontarkan saja ke sejadah...

ingatan untuk diri yang sering alpa
pujian hanyalah untuk Ilahi
walaupun kita rasa kita layak untuk dipuji
namun ada ketikanya kita turut bersalah
kerana kita hanyalah hambaNya yang lemah
namun bukan bermakna kesalahan itu harus dicela atau dikutuk
sebaliknya kita harus terima teguran untuk perbaiki kesilapan dan kesalahan

~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika seseorang memujimu dengan sesuatu yang tidak ada pada dirimu, maka janganlah kamu merasa aman dari celaan seseorang terhadapmu atas sesuatu yang tidak ada pada dirimu.



(Wahb bin Munabbih)
~~~~~~~~~~~~~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...