FOLLOWER

7 Oktober 2010

muraqabah ikhlas dan mujahadah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

semalam dan seperti hari yang lepas-lepas
dah kata nak menyepi
tapi tak juga sepi
kerana hidup ini mesti diteruskan
manakan tidak, keriuhan sekeliling memaksaku
untuk terus berinteraksi dengan alam dan insan
jika aku menyepi pun hanya untuk seketika waktu saja
ketika aku di sejadah... menyepikan diri dengan Ilahi
ketika di pembaringan... menyepikan diri dengan ....
tidur la...

sekadar gambar hiasan untuk mencantikkan cerita... dipinjam dari mr. google.com
(aye pun ada twitter gak... tapi jarang-jarang guna, sebab lebih selesa dengan blog ini dan juga facebook - juga kadang-kadang)
hidup ini biarpun kita rasa sendiri
kita harus ingat kita bukanlah sendirian
kerana setiap tingkahlaku kita, hatta niat dihati pun sentiasa diawasi Allah
waspadalah dengan setiap pergerakan dan niat
ingatan untuk diri juga... sentiasa ikhlaskan diri
biarpun ikhlas itu tidak hadir sekarang
tiba masa ikhlas itu akan hadir jua... jika itu kehendak kita

~~~~~~~~~~~~~~~

Barangsiapa mengoreksi batinnya dengan muraqabah (senantiasa merasa diawasi oleh Allah) dan ikhlas, maka ia akan menghiasi lahirnya dengan mujahadah dan mengikuti sunnah Nabi shallallahu 'alahi wasallam, karena Allah berfirman, 'Dan orang-orang yang bermujahadah untuk Kami, niscaya akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.' (al-Ankabut : 69)

(Al-Harits)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tinggal dan ganti baru, dapat yang lebih baik? Apa-apa pun boleh jadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

(Gambar hiasan - diambil dari Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah, UiTM Shah Alam)
Entahlah ada ketika kita perlu meninggalkan atau melepaskan sesuatu bagi mendapatkan sesuatu yang lain.  kerana mungkin juga sesuatu yang asal milik kita itu tidak sesuai dengan kita.  tetapi boleh ke kita terima hakikat tu.  contohnya, untuk beli roti gardenia kita perlu lepaskan sebanyak RM3.15... (mahal ke?)  Ye lah kalau kita tak bayar harga roti tu mana boleh ambik jer, nak masuk lokap (hah hanya kerana RM3.15 jer)... apa-apa pun boleh jadi...

Begitu juga tak semua dalam dunia ini adalah milik kita seorang.  Perlu dikongsi kan dengan orang lain (yang satu lagi... fikir ape?.... tak semua boleh kongsi woi...).  Maksudnya bas awam atau teksi (jenis-jenis pengangkutan awam ler... apa la dok pikir).  Kalau dah tempat duduk sebelah kita tu kosong jangan pulak letak beg atau pura-pura buat tak nampak, bagi le akak kita duduk tak pun kalau kita masih sihat dan kuat... bagi jer tempat duduk kita tu... salah ke buat baik? (lu pikirlah sendiri).

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tidaklah seorang hamba meninggalkan sesuatu karena Allah, kecuali Allah akan menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya dari arah yang tidak dia sangka-sangka. Dan tidaklah seorang hamba menganggap remeh hal yang diharamkan, sehingga ia mengambil yang tidak baik, kecuali Allah akan memberinya sesuatu yang lebih berat daripadanya.
(Ubay bin Ka'ab)

NOT THE OWNER of RM

Assalamualaikum dan salam sejahtera


fulamak!  Red mummy (RM) buat Contest Meletup Top Top, nasib lagi tak kena histeria.  Mana tidaknya, setelah sekian lama ikut Red Mummy (bukan ikut punggung yerk) ikuti perkembangannya saja, tapi bukanlah pengikut fanatik. Baru kali nih dapat peluang join contest Red Mummy.  Nak tau hadiah apa? layan jer gambar nih...

 selain dari Hugo kat atas tuh, ada 7 lagi hadiah misteri... apalah yang misteri nyer... nak teka sikit... hadiah dari Medan kot... hehehe


Aye mula ikuti perkembangan Red Mummy semenjak beberapa bulan kebelakangan nih, terutama semenjak keluar dalam paper... kata pengikut tapi paper apa 'haram' aye ingat... sedey-sedey...


Bulan lepas aye mulalah jadi pengikut (follow) Red Mummy secara full time (macam kejer pulak...).  Yang bestnye dah jadi pengikut kena rajin bagi komen... dapatlah masuk dalam senarai top 10 commentators, alahai komenpun biarlah yang membina...


Berbalik kepada Red Mummy, kalau singgah kat blog Red Mummy memang tak rugi sarat barat dengan info dan cerita.   Tapi itu semua ikut sukalah kalau nak baca... bacalah kalau tak nak tak yah susah-susah...
Red Mummy... amik kat header blog


keluarga bahagia RM


Apa lagi nak citer?...
Asalnya aye confius juga nak buat tajuk entry untuk join contest nih, tapi tak kisahlah kalau RM buleh terima tajuk nih kan... syaratnya pun tak nyatakan nak kena buat tajuk apa... atau ada ayat yang aye tak paham ker?


Not the owner of RM
hehehe... aduyai baru nak buat citer berkaitan dengan tajuk pulak.  Jangan pulak terkejut yer background blog nih tak der kaitan dengan RM coz this blog is not belonging to RM @ Not the owner of RM... this blog is belong to me (yangbaik - YB, boleh?).  Background dah tukar ke kaler merah dah beberapa hari dah dan kebetulan pulak hari ni RM buat contest, macam ada kemistri (chemistry) pulak... yuhuuuu

Nak stop kat sini dulu... lagi pun kalau mengarang panjang2 nanti muntah monggek pulak RM nak bacanya... jadi lah dulu yer... dan lagi... ada kejer menunggu (lagi....)


kalau nak join contest ni cepatlah... apa-apa syarat baca kat link contest Red Mummy.  Contest ni tamat pada 8.10.2010

sekian.

p/s:  aye tak pandai lagi buat sticky post, dah jumpa tip tapi maleh nak belajor...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...