FOLLOWER

8 Oktober 2010

gajah depan mata, kuman seberang laut, mungkinkah berjumpa dalam kuali

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua,
Pagi-pagi nih entahlah rasa macam nak buat cerita sedih
tapi tak lah sedih sangat sampai meleleh air mata
hanya 'gajah-gajah' saja yang bisa mengerti
mungkin juga semasa membaca entri nih perasaan sedih dah tiada lagi

kalau ikutkan tajuk ada dua subjek utama iaitu gajah dan kuman, kuali tu cuma predikat jer (sedang cuba memahami istilah bahasa yang dah lama ditinggalkan)

Gajah depan mata:
buatlah kebaikan sebanyak mana pun tak kan nampak
yang nampak kalau ada t**k jer... sedihkan...
dah penat buat kerja tolak balak, tarik kayu dan bagai lagi
taklah nampak dek mata...
kesimpulan - gajah perlu ikhlas buat kerja kerana gajah taklah secantik mana ngan kulit yang kasar dah tu warna pun tak cantik... sabar yer gajah, tak usah berdukacita kerana jasamu tetap dikenang.

Kuman seberang laut:
kuman sering dianggap mendatangkan wabak dan penyakit
mungkin kerana itu manusia sering berhati-hati
walaupun kuman sukar dilihat, tapi sikit jer baiknya dah nampak
baik sangat ke kuman tu
dan laut mana pulak yang membersihkan kuman tu.
kesimpulan - lantak kat kau la kuman, jangan kacau kerja gajah sudah...
ada masa gajah juga akan pergi jauh
ada ketika juga gajah akan jadi hipokrit (bukan berdendam jer, cuma kecewa)

Jumpa dalam kuali:
kalau masa-masa tertentu gajah dan kuman akan bertemu
mungkinkah dalam kuali
oh tidak....buat apa?
kat tempat lain ler...
~~~~~~~~~~~~
catatan:  Monolog berdarah dari sebuah penghargaan buat kuman seberang laut dan gajah depan mata, semoga tiada lagi dukacita buat gajah yang kuat dan gagah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...