FOLLOWER

19 Oktober 2010

Blackberry Torch 9800 with CELCOM EXEC Plan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

wah memang sungguh teruja untuk hari ini (actually malam) sebab dapat peluang untuk membuat catatan tentang BlackBerry® Torch™ 9800 yang didatangkan dengan pakej Celcom Exec Plan dan jaringan kerjasama dengan Nuffnang.

Ya, apa yang saya suka dengan Blackberyy Torch 9800 adalah kerana banyak sebab, tetapi yang paling penting kerana ia adalah BlackBerry® Torch™ 9800 dengan pelbagai fungsi dan kemudahan serta didatangkan pula oleh Celcom. Inilah peluang untuk saya menukar dari pelan sedia ada (Celcom Blue) ke Celcom Exec (sempena juga dengan nama jawatan baru saya... ???). Tak rugi... kerana bayaran bulanannya hanyalah serendah RM50.00 dan boleh dapat diskaun lagi sebanyak 30% setiap bulan, siapa nak bagi dengan kata lain mana nak dapat bro...

Blackberry sememang kegilaan baru dan umum sudah mengetahuinya. Termasuklah jejaka ini....
gambar ihsan nuffnang.com

Bercakap tentang BlackBerry® Torch™ 9800, apa yang perlu diketahui lagi adalah mengenai kelebihannya, seperti berikut:

1. tentang keselesaan bersama BlackBerry - sentiasa berhubungan melalui email dan internet pada bila2 masa dan di mana jua! Email peribadi, perniagaan, dokumen, melayari web kesukaan, menghubungi yang tersayang dan banyak lagi!!
2. BlackBerry® Torch™ 9800 yang terkini adalah telefon pintar pertama dengan BlackBerry® keyboard dan 3.2 inci penuh skrin sesentuh untuk pengalaman baru yang menarik.

Bercakap pula apa saya suka tentang BlackBerry® Torch™ 9800.... memang banyak, mari ringkaskan apa yang kelebihannya  lagi....
-  memori 8 GB boleh dinaiktaraf sehingga 32GB dengan microSD card (banyak tu weh)
-  kamera 5mp dengan auto fokus, penstabil imej dan 11 mod foto dan video
-  kemudahan jaringan sosial seperti Facebook, LinkedIn, Buzzd, twitter dan banyak lagi
-  melayari internet dengan cepat

Apa lagi... bila BlackBerry® Torch™ 9800 didatangkan dengan Celcom Exec Plan, kelebihan yang boleh diperolehi adalah:
- 15sen kadar rata ke mana2 nombor
- Diskaun pada setiap bulan
- lagi banyak cakap, lagi jimat, lagi banyak diskaun sehingga 30% sebulan
- bayaran bulanan serendah RM50.
- PERCUMA Celcom Broadband Basic Plan untuk sebulan dengan kelajuan sehingga 384 Kbps

Kesimpulannya, memang hebat dan mesti dapatkan BlackBerry® Torch™ 9800 dengan Celcom Exec Plan sekarang !!! Jom...

Note: Credit to Nuffnang for informations and giving me (oh yes) this opportunity to me also... :-)

Ruang ulasan udah dimoderate?

Assalamualaikum,

nak tulis ringkas jer...
hehehe, hari ni opss bukan semalam le, ruang comment dah dimoderate atas sebab-sebab security.  Kenapa?... sebab selalu sangat jumpa spam comment... Dan hari ni pulak udah le aye terlupa, dari awal pagi dok tertanya-tanya sendirian "mengapa le tak de orang bagi ulasan nih... dah takder pengunjung ker, hatta (sekali lagi bukan Hatta Dolmat) pengomen tegar seperti Bulan Jatuh ke Riba pun dah tak mengomen... alahai macam pungguk pulak yang merindukan bulan... huhuhu (menangis sendirian dalam hati..merintih macam tak buat salah pulak)... apala... lambat pulak pick-up (bukan lori pick-up tetapi apa yerk) hari ni...

Dah la... tu jer nak kabor kat kawan2 sekelian.  Kalau aye terlambat sikit moderate komen tu maaf lah yer...


Di mana tahap ilmu kita... tahap gaban ke?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

cuba memahami dan mengerti apa yang telah dipelajari.  sejauhmana kita telah belajar dan bagaimana kita mengadaptasi apa yang telah kita pelajari...

~~~~~~~
Tahapan pertama ilmu adalah diam. Kedua, mendengarkan dan menghafalkan. Ketiga, mengamalkan. Keempat, menyebarluaskan dan mengajarkan.


(Sufyan ats-Tsauri)

Benci...Benci...Benci... Betulke?... Rindu Kan?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat seisi alam,
semoga anda semua dan aye juga berbahagia dalam hidup di dunia dan akhirat.

Ada banyak benda dan perkara dalam dunia yang kadang-kadang kita tak suka, makanya kita membenci benda itu atau perkara itu. 

Ada masanya juga sesuatu yang kita suka itu sukar untuk kita dapati dan dekati.  Kerana kita tidak tahu sesuatu yang kita suka itu bukan untuk kita malahan yang kita tidak suka itulah akan jadi milik kita.

Namun begitu tidaklah kita seharusnya mendekati sesuatu yang wajib dibenci. 

Tanpa kita sedari kadang-kadang sesuatu yang kita benci dan tak suka itu yang membantu kita atau akan jadi milik kita. 

Tak percaya...? aye yakin dan percaya ramai yang dah tahu tentang perkara ini (benci tapi rindu).

"Pak pak pong bunyi gendang bertalu-talu, porak-porak bingung hati di dalam bagai digaru"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

(QS. Al Baqarah 2:216)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...