FOLLOWER

21 Oktober 2010

3 Tabiat Harta

Assalamualaikum, salam 1Dunia dan 1 Malaysia, semoga sejahtera dunia dan seisi alamnya,

 
~~~~~~~~~~~
  • Harta memiliki tiga tabiat.
  • Jika seseorang selamat dari satu tabiat, maka belum tentu ia selamat dari dua tabiat lainnya.
  • Dan jika ia selamat dari dua tabiat, maka belum tentu ia selamat dari tabiat ke tiga.
  • Harta haruslah berasal dari sumber yang baik.
  • Siapa diantara kalian yang pekerjaannya selamat dari dosa, sehingga ia tidak mendapatkan penghasilan selain dari yang baik?
  • Apabila seseorang selamat dari tabiat ini, maka ia harus menunaikan hak-hak yang ada di dalam harta.
  • Dan apabila ia juga selamat dari tabiat ini, maka ia tidak boleh membelanjakanya dengan boros ataupun terlalu kikir.
(Maimun bin Mahran)

Cerita tentang vaksin dan sebuah mutiara tentang rezeki yang halal

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat seisi alam,

Sebenarnya pada ketika catatan ini dikeluarkan memang dalam mood tak buleh tidor.  Manakan tidak pagi semalam kena cucuk (vaksin untuk ibu mengandung.... eh eh) untuk elak kancing gigi. 

Apapulak kaitannya dengan catatan nih... tu yang nak citer nih, kena cucuk kat bahu kiri... sepanjang hari la semalam lenguh, malamdah tak berapa nak buleh tidor, ye lah kalu dak tak bulehalih ke kiri, dok pandang kanan jer.  Perut pulak dok asyik meragam pulak, Hei macam2 hal...

Orang kata jangan dok suka merungut kan, ni dah lebih dari merungut dah...layan !!!

So... dalam terpejam lena tiba2 terjaga pulak... mata pun dah tak berapa nak pejam lagik, layan game kat nokiaN95 jap.... hmmm tak buleh... dah ada streamyx nih, apa kata layan internet pulak... so tulah cerita sejarah catatan untuk kali ini... banyak cerita lain yang dok berlegar dalam kepala tapi idea tak berapa nak keluar, layan jer... apa2 yang ada nih...

minta2 hari ni, kurang lah sikit lenguh2 kat bahu ni... nak sambung buat kerja... banyak lagi nih...

~~~~~~~~~~~~~
Bertakwalah kepada Allah dan carilah rejeki yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu dengan cara yang halal, karena sesungguhnya jika Anda mencarinya dengan cara yang tidak halal maka Anda tidak akan mendapatkan melebihi apa yang telah ditakdirkan untukmu. (Muhammad bin Sirin)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...