FOLLOWER

4 November 2010

Siapa Nik Zaris Nelydia Senrose dan Ahmad Durrah

Siapa Nik Zaris Nelydia Senrose dan Ahmad Durrah


Assalamualaikum dan salam sejahtara,

Siapa Nik Zaris Nelydia Senrose dan Ahmad Durrah.  Dalam sedar dengan tidak... bukan kerana minda di bawah sedar dan tiada kaitan dengannya.  Telah beberapa kali beberapa pencarian berkenaan nik zaris nelydia senrose singgah di blog YB,

Siapa dia...antara ringkasan yang YB dapat, hasil dari pencarian dengan Cik Google, didapati bahawa nik zaris nelydia senrose adalah seorang artis baru yang memegang watak sebagai Anisa dalam drama Ahmad Durrah di TV3 dalam Slot Zehra.



Suka dengan watak Anisa?... nampaknya 'Anisa' adalah seorang gadis ayu yang sopan dan sedap mata memandang.... dan mungkin agak berbeza dengan 'Anisa' yang berada di luar.  Apa-apa pun itu hanya lakonan di pentas dunia.

Dan cari punya cari lagi .... oih... betul2 punya cari nih... yer lah nak tahu jugak siapa dia yang jadi bahan carian di internet... tak macam YB... tidak popular pun ... perasan!!!!

Dari pengamatan YBe, nik zaris nelydia senrose rupanya pernah jugak berlakon dalam drama SPA Q dan mungkin juga beberapa drama lain yang YB tak perasan dan tak ingat tajuk...

Dan (lagi) last but not least... jumpa lah gambar nye... tak sanggup YB nak tengok nyer... minta maaf lah tak sanggup jugak nak tempek gambar tu kat sini, sebab bukanlah YB ni suka sangat bab bab kontroversi yang melibatkan peribadi individu.   Apa yang penting di sini, bagi YB ... semua itu adalah dasar hak peribadi individu dan kisah lampau yang mungkin tak ingin diingat lagi oleh pemilik nama berkenaan.   Sama macam kes Tiz Zakiyah yang cantik manis dan beberapa artis yang telah dan akan mencipta nama... harapan semoga bukanlah semua artis pernah mengalami situasi 'gelap' dan seksa sebegitu sebelum mencipta nama...


p/s:  belum berkesempatan lagi melihat slot Ahmad Durrah, walaupun dah beberapa episod... kesian kan... tak der lah... tak penting sangat tu... kalau ada masa nanti nak curi2 tengok gak...


Terima kasih baca entri ini, Siapa Nik Zaris Nelydia Senrose dan Ahmad Durah?

hari ni okey ker?

Assalamualaikum,

apa mood anda hari ni?

sekadar ... okey jer?

atau pun... oke!!!!

walau apa pun situasinya... semoga anda dan saya (aye lah..) okey sentiasa dan akan bertambah baik lagi...

esok kan cuti... hari Deepavali... dapat cuti panjang.... 3 hari...

kalau balik kampung atau berjalan-jalan (makan angin) berhati-hati di jalan raya...

itu jer..

Nasihat secara rahsia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

memberi nasihat kepada orang bukanlah sesuatu yang susah, yang menjadi susah adalah apabila nasihat itu tidak masuk akal dan orang yang dinasihat itu tidak dapat menerima nasihat.

mengapa perlu memberi nasihat kepada orang lain andainya diri sendiri tidak ternasihatkan

memberi nasihat kepada orang juga perlu kepada masa dan tempat yang sesuai bukan boleh diberi pada sebarang masa atau tempat.  kerana semua orang itu ada maruah dan harga diri, biarpun dia perlu diberi nasihat namun dia ada air muka dan maruah.... HARUS INGAT ITU...

~~~~~~~~~~~~~~
Barangsiapa menasihati saudaranya secara rahasia, maka ia telah menasihatinya dan menghiasinya. Dan barangsiapa yang menasihati saudaranya secara terang-terangan (di hadapan orang banyak), maka ia telah mencemarkan nama baiknya dan mengkhianatinya.

(Imam asy-Syafi'i)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...