FOLLOWER

15 Disember 2010

Contest Pertama Anjuran al-lavendari

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,


MARILAH MASUK CONTEST PERTAMA ANJURAN SAYA !  - itulah tagline untuk contest anjuran al-lavendari.

Tak disangka-sangka buah cempedak jadi nangka, tapi jalan lupa sekarang nih dah ada cempedak nangka... isinya sedap!!!!... alahai dah lah mengidam pulak mana nak cari nih... dah merepek meraban jugak.  Sebenarnya aye mau bilang aye dah kena tag oleh Bulan yang telah jatuh keriba a.k.a myri (Cikgu Humairi)... nak kena buat juga lah... bukan jer myri yang datang jemput malahan tuan al-lavendari juga datang menjemput.  Tak join segan pulak... alang-alang ada masa nih aye buat juga lah contest ni, mana tau kot2 buleh dapat RM300.00 boleh buat beli jamu dalam pantang bulan depan (Insya-Allah).  Kalau tak dapat bukanlah bermakna aye tak beli pulak jamu tu... beli jugak... cuma kalau dah menang tu save bajet sikit... kan?

Berbalik kepada contest, al-lavendari pertama kali menganjurkan contest ni bersempena dengan pengikutnya yang telah mencecah 300 orang.

keterangan lanjut bolehlah berkunjung ke al-lavenderi atau komensen (klik pada link berkenaan).

Di sini aye nak buat cerita tentang tugasan contest ni pulak....

1.  Negara luar yang pernah dilawati oleh al-lavendari adalah:  Britain / Tajuk entri berkaitan: SONYUM SOKOJAP - 7 ... ROYAL MAI ! / Tarikh disiarkan: 21 Disember 2009.

2.  Negara seterusnya adalah:  Mesir / Tajuk entri berkaitan:  CANDID CAMERA ...KAHERAH !  / Tarikh disiarkan:  15 Disember 2009.

seterusnya.... cukuplah dulu, penganjur cuma nak satu jer... dah lebih2 lak pulak....

tapi tak per... kita usaha lebih dapat ganjaran lebih.... betul tak tuan lavender?  Hehehe suka jugak nak menyakat pakcik2 nih...

sekian...

ops, aye nak tag Ieda, Pakwe dan Hans ... --- oit korang jangan tak jawab pulak tau...


Terima kasih semua.... sekian adanya... toche2

25 maut, lebih 100 cedera kebakaran kilang di Bangladesh

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia dan 1Dunia,


ASHULIA (Bangladesh): Kebakaran teruk memusnahkan sebuah kilang pakaian Bangladesh dan meragut sekurang-kurangnya 25 nyawa dan mencederakan 100 yang lain.




Mangsa yang maut dalam tragedi kilang yang membuat pakaian untuk kedai pakaian barat, termasuk Gap, berpunca tindakan mereka terjun daripada bangunan berkenaan untuk menyelamatkan diri. Pihak polis dan saksi berkata, pintu keluar kilang itu terkunci dan ramai yang terjun daripada bangunan itu. Pentadbir kerajaan daerah Dhaka, Mohibul Haq, berkata 25 terbunuh, 22 daripada mereka maut ketika terjun dari tingkat atas atau terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri.



“Tiga mangsa lain terbunuh selepas terbakar teruk dan mayat mereka ditemui di tingkat 10 selepas api berjaya dipadamkan,” katanya. - AFP

Sumber:  Berita Harian Online

Nak interframe !!!??? (Pendapat dan contest)

Assalamualaikum dan salam 1Dunia (pulak),

buat entry ni sekadar nak tanya pendapat pembaca semua...itu pun kalau ada yang sudi bagi pendapat... kalau banyak pendapat yang aye terima dan jawapannya memuaskan hati... aye akan buat ... buat ape?  rasa-rasa nak buat kontest atau GA..

macam ni, suatu masa ketika di awal dan pertengahan blog ini ditubuhkan, aye pernah juga 2 atau 3 kali masukkan kisah keluarga dan juga gambor2 aye... kononnya nak interframe (betulke ejaan nih)... tak lama kemudian aye rasa segan pulak nak letak gambor keluarga atau gambor sendiri... cuma sesekali ada lah letak gambar anak (alif dan diena), sebab nak cerita tentang gelagat mereka berdua (tak lama lagi bertiga.. hehehe)

tapi perlu ke aye tanya pendapat orang lain untuk buat entry dalam blog sendiri... tak sesuai kan?

===> hmmm.... tak per lah kepada sesiapa yang sudi beri pendapat, aye tetap akan terima.  apa yang perlu pembaca lakukan adalah beri pendapat ... perlu atau tidak aye buat kisah keluarga dan kehidupan aye dan mengapa?  setiap pendapat hendaklah dibuat di ruang ulasan di catatan ini.

setiap pendapat yang bernas dan boleh diterima oleh akal aye serta diterima juga oleh 'penasihat' aye maka itulah pemenangnya... dan lain-lain syarat tertakluk kepada terma.

Hadiah?  ada.... akan dimaklumkan kemudian, yang pasti bagilah pendapat dulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...