FOLLOWER

27 Disember 2010

Yang baik tentang pohon kurma dan Suzuki Cup 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bahagia dan teruja juga nampaknya di penghujung bulan untuk tahun 2010 ini, walaupun kita sering digembarkan dengan berita-berita sedih tentang kemalangan jalan raya yang menyayat hati dan pelbagai kisah duka lain, terselit juga berita gembira yang tidak kurang hebatnya.

Setelah sekian lama Malaysia sering dibayangi berita duka tentang bolasepak.  Namun berita gembira bagi seluruh rakyat Malaysia pastinya apabila berjaya menewaskan Indonesia 3 0 pada perlawanan akhir pusingan pertama.  Sudah tentu menjadi harapan seluruh warga Malaysia agar kemenangan itu akan dibawa terus ke perlawanan seterusnya. 

sumber gambar
Memang mengejutkan, dalam perlawanan awal Malaysia sering tewas dan menang dengan kemenangan yang agak tipis... Seperti hero dalam drama pulak, kalah awal kemudian menang di hujung cerita.  Semoga pasukan bolasepak Malaysia tidak sebegitu... TERUSKAN KEMENANGAN UNTUK NEGARA.

Pada pendapat aye, kesudian YAM Sultan Pahang mencemar duli turun ke padang pada malam itu amat bermakna dan memberi suntikan semangat kepada pasukan Malaysia barangkali.  Sekadar pendapat saja... nak cakap lebih-lebih kurang sesuai pulak dengan aye yang bukanlah peminat tegar bolasepak.  Tetapi aye menulis cerita ini sekadar untuk meluah rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Permisalan seorang mukmin adalah seperti pohon kurma, menyerap (mengambil) yang baik dan menghasilkan yang baik pula".  Ibnu 'Amr

Apa lagi konklusinya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lari topik jap, sekarang nih rakyat Malaysia dok sibuk sembang pasal kemenangan Malaysia ke atas Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir peringkat pertama Piala AFF Suzuki Cup 2010, kenaikan harga makanan dan minuman di kedai mamak tahun 2011, Anugerah Skrin 2010, Idola Kecil 3, cahaya laser semasa Piala Suzuki Cup 2010 dan juga tentang berita orang Felda dapat bonus... lumayan!

sumber gambar
catatan kosong bukan kerana roti canai kosong atau air kosong dah naik harga, tetapi kerana idea nak menulis dah kosong....

hati dan idea seakan membeku apabila BE dan ME nuffnang tidak juga meningkat... apa lagi konklusinya??....

sekali lagi kesalan kerana berbloging seakan lari dari tujuan asal kerana mengejar kepentingan dunia.

500 Blog! Adakah masuk dalam senarai atau sekadar bermain di pinggiran sahaja

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,


Apa lagi nak diceritakan?  Dah rasa macam nak demam ada, tersampuk pun ada dan rasa macam nak muntah pun ada juga... di penghujung tahun 2010 ni Ben buat buat pulak pertandingan mencari harta karun.  Harta karun mana lah yang dicari... entah lah boleh masuk dalam senarai ke tidak, sebabnya dah terliwat terlewan neh... tak per la Ben kalau tak dapat masuk dalam senarai tak per, layan jer catatan ni kalau agak2 rajin ler... heheheh.... Ben memang rajin... buat pertandingan bagai lagi... dari 100 ke 200 ke 50000 pasni ni ningkat lagi pengikutnya ke 10,000 pulak yerk...

Syarat penyertaan ada kat sini.  Kalau lambat mungkin dah kena delete kot.
~~~~~~~~~

Ada apa dengan pemilik blog ini!

Seorang wanita melayu terakhir (perasan pulak ala-ala Datin Normala?), ibu kepada sepasang anak2 cerdik yang pintar lagi bijaksana, seorang isteri kepada lelaki yang romantik dan bompastik lagi hensem.  Kekadang suka merapu dalam blog nih bila idea dah kering, namun idea banyak malas pulak nak menulis kerana tak sanggup menghadap notebook [Toshiba Satellite L200] dalam tempoh yang lama kerana kesiankan anak2 dan suami juga.... yehaaa

Ada apa dengan tujuan berblogging?

Ada banyak tujuan, antaranya:-
1.  untuk bercerita kisah suka dan duka
2.  untuk kumpul harta - buat duit juga (?)
3.  untuk cuba skill dalam penulisan
4.  untuk mengisi masa lapang
5.  untuk mencari kenalan
6.  untuk suka-suka
7.  kerana sokongan orang kuat (suami lah tu)
8.  kerana ada masa untuk merapu
9.  untuk menyertai pertandingan ini (itu yang penting!)

ada lagi yang tertinggal?  dah lah kot.... sikit-sikt dah la... nak termuntah pulak...

Contest Siapa Nak Buku "Buat Duit Dengan Blog"

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia buat 1Dunia Blog,

(catatan sehingga 27/12/2010, untuk catatan terkini sila teruskan ke bawah, terima kasih)


Di saat-saat akhir di hari-hari terakhir bagi tahun 2010 dan menjelang masuknya tahun 2011, blog sharinginfoz ingin mengadakan contest siapa nak buku "Buat Duit Dengan Blog". 

2 pemenang akan dipilih dan hadiahnya adalah buku seperti di gambar sebelah, satu setiap seorang.


Syarat-syaratnya adalah sangat mudah dan untuk lebih memahami sila rujuk di entry bertajuk [Contest Siapa Nak Buku "Buat Duit Dengan Blog"]



Mengapa aye nak buku di atas?
Sudah tentu untuk menambah pengetahuan tentang dunia bloging dan secara tidak langsung boleh menambah pendapatan.  Sementelahan dalam dunia teknologi maklumat sekarang, jika sekadar pengetahuan tentang buat blog sahaja tidak memadai, kerana zaman sekarang apa saja yang berada di hujung jari ada duit. Hah keluar duit dari hujung jari?... Tu lah... kena baca buku ni.

Melalui buku hasil karya Yazid Yahaya dan diterbitkan oleh PTS saya berupaya mengetahui lebih banyak teknik menghasilkan blog bukan sahaja sebagai sumber untuk menambah kenalan di alam maya atau mengenali kumpulan-kumpulan blog atau perisian tertentu tetapi juga bagaimana untuk menjadikan log sebagai sumber utama wang.  Sudah tentu di dalam buku ini terdapat strategi tertentu buat duit melalui blog yang turut dibongkar, teknik mendapatkan komisen melalui iklan di blog dengan cara mudah dan cepat.


Memang banyak manfaat dan faedahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...