Ahad, 20 November 2011

Demam Gadget Impian Bermula

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Ini adalah antara gadget impian Yangbaik iaitu iPad 2. Okey tak?  Oh!!!  Perhatian!  Entry ini dibuat bukan kerana Yangbaik peserta contest gadget impian di Denaihati tetapi sekadar memenuhi demam gadget impian yang sedang berlangsung.  Nak curi perhatian dan curi seo dari peserta contestgadget impian. hik3

Sebenarnya Yangbaik pernah buat entry untuk menyertai Contest Gadget Impian anjuran Denaihati tetapi atas sebab-sebab yang memang tidak dapat dielakkan maka penyertaan Yangbaik tidak tersenarai.  Sedih juga.  Yang sebenarnya Denaihati telah hantar email kepada peserta awal yang tidak memenuhi kriteria supaya bertindak segera. 

Oleh kerana pada masa tu... selepas Yangbaik buat entry untuk jadi peserta contest gadget impian anjuran Denaihati satu keluarga Yangbaik telah dilanda demam panas dan bermacam-macam hal lain hinggakan hampir seminggu blog Yangbaik tidak dikemaskini dan bersawang seolah-olahnya blog juga turut demam dan email juga tidak dibuka.... Maka terlepas lah peluang Yangbaik untuk membaiki penyertaaan dan memenuhi syarat yang telah dinyatakan oleh Denaihati. Sob3.  sedih memang sedih.

Kebiasaannya penyertaan dalam contest anjuran Denaihati akan memberikan pulangan yang lumayan dari banyak segi antaranya pengunjung baru, backlinks dan banyak lagi yang sukar untuk Yangbaik nyatakan kerana Yangbaik ni kuranglah sangat mahir bab-bab seo... malunye..

Berbalik kepada contest gadget impian ni, Yangbaik tertarik dengan cara promosi yang dijalankan oleh bro Eyriqazz. Bacalah catatan oleh Bro Eyriqazz di Gadget Impian Eyriqazz dan Contest 5 in 1 Worth RM500+Pasti teruja punyalah sebab selain daripada menyertai contest gadget impian terdapat 5 lagi contest istimewa yang yang ditaja oleh Eyriqazz.  Hadiahnya juga lumayan..

Sekian... demam lagi... nak pergi ke HAT pulak tengok MM yang berada di ICU.



.

10 ulasan:

Pacifista berkata...

penyertaan ditolak sebab takde butang like, +1 atau/dan tweet.kalau pasang rasanya takde masalah untuk diterima :)

apapun jemput untuk support saya tau :D

Bang Iwan berkata...

Sekedar mampir memberi support dan dukungan

yangbaik berkata...

to Pacifista,

tq untuk info, memang dah agak dah...

yangbaik berkata...

to bang iwan

trimas atas dukungannya...
walaupun bukan peserta masih adajuga yang sudi bagi sokongan...tq

paihujey berkata...

tak pe..tolong peserta2 lain dalam contest ni..hehe..

SYaMiLa berkata...

gud luck bang iwan...

Denaihati berkata...

semoga dah sihat sepenuhnya, terima kasih banyak menyokong peserta lain.

chii berkata...

bleh eh curi seo..eehehe..chii pun kalo blh nak dptkan ipad 2 gak..kalo ada rezeki thn ni..best gak kan

chii berkata...

chii dtg nyibuk sini bleh kan..

gadget impian kita sama plak =)

puanbee berkata...

laa kesian yang baik ..

hehe apa apa pun saya singgah gak nih ..