FOLLOWER

13 Januari 2011

La Tahzan | Jangan bersedih ketika dalam pantang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

gambar hiasan, sumber dari google.com
La Tahzan - Jangan bersedih

Umumnya semua orang patut tahu dan pasti atau wajib tahu bahawasanya wanita yang dalam berpantang (kerana melahirkan anak) tidak sepatutnya dibiarkan bersedih.  Kerana kesedihan itu jika tidak dibendung dan dibiarkan saja maka ia akan membawa kepada suatu penyakit misteri yang sukar dirungkaikan.  Walaupun oleh pakar motivasi... eh eh betul ke ... kalau salah tolong betulkan yer...

Kesedihan itu pada hemat aye ianya datang tanpa diundang... walaupan atas perkara yang biasanya remeh dan kecil sahaja namun boleh mendatangkan kesedihan yang amat sangat... mengapa?... hanya yang pernah mengalaminya sahaja yang bisa mentafsirkannya...

Untuk itu kesedihan itu jangan dibiarkan sahaja, sebaliknya perlu segera ditangani dan dibawa berehat dan bertenang.... banyakkan berzikir kerana dengan mengingati Allah itu hati akan segera menjadi tenang.

Wallah hu a'lam...

Tolong Ingatkan Aku | Bukan Ana Raffaili atau jejari runcing

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Tolong ingatkan aku
Biar aku terus sedar
Kerana aku tak ingin lama terlena
Ingatkan aku.. bahawa aku bukan Ana Raffaili

Tolong ingatkan aku
Biar aku terus sedar
Kerana aku sering alpa
Ingatkan aku... bahawa aku adalah insan biasa

Tolong ingatkan aku
Biar aku terus sedar
Kerna seringkali aku terlena
Biarpun di hari siang ... panas membahang

Tolong ingatkan aku
.
.
.
.
.
buat entri yang bermanfaat
bukan entri syok sendiri
biarpun blog ini aku yang punya
....

Kerana tukar kepala

Assalam,

beberapa hari yang lepas tukar kepala (header) blog dari "yang baik" kepada "szi vs. yangbaik" kononnya untuk dapatkan aura yang lebih baik... tetapi terlupa la pulak update kat nuffnang... dah la... terberhenti sekejap ... nuffnang kat sini... sedey3...

hari ni tukar lagi kepala blog dua kali pulak tuh... tapi tak lupa dimaklumkan juga kepada mr nuffnang...harap2 janganlah tersangkut pulak...lawatan iklan2 dari nuffnang ye...

esok sambung cerita lain pulak...

idea nih dah tepu seketika... tahap iq dah merosot sikit.... :-((

Ada apa dengan benci

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

banyak perkara dan kejadian yang berlaku dalam kehidupan kita seharian
menjadikan kita terasa benci dengan beberapa perkara
Tapi dalam sedar dengan tidak 
tiba-tiba.....
perkara yang kita paling benci dan tak suka...
itulah yang menjadi jadi....

Jadi...
adakah kerana itu kita perlu suka semua perkara...
tidak....

hm... fikir2 kan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

(QS. Al Baqarah 2:216)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...