FOLLOWER

17 Januari 2011

AKU INI WANITA

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Aku ini wanita!

Macam-macam.  Nak tulis ape yek?  Tulislah apa2 aje asalkan cerita tentang wanita ini yang tak kurang dari 100 perkataan.

Nak cerita atau luahkan perasaan tentang seorang wanita dan ibu?... Tak kan lah nak ceritakan kat sini apa yang kita rasa ...Okeh aye ceritakan yang baik-baik aje.

Wanita tetap wanita, walau setinggi mana ilmunya atau setinggi mana darjatnya atau sekaya mana sekalipun, wanita tetap wanita... jangan dilupakan hakikat itu.

Wanita mempunyai naluri dan perasaan yang halus dan sering dikaitkan dengan sifat sensitif serta suka menangis.  Tangisan dan air mata itu merupakan kekuatan bagi seorang wanita.... dan juga lelaki?... sorri ini bukan segmen lelaki.

Wanita, sekali hatinya terluka dan terguris selamanya akan terasa dan tersimpan... nak kata dendam tak juga.. tetapi satu perasaan seperti hilang kepercayaan dan curiga itu akan terus kekal.

Wanita, semangatnya kuat dan kental sehinggakan ada pepatah yang mengaitkan tangan yang menghayun buaian itu mampu menggoncang dunia.

Tetapi ingat juga... Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang antara lain membawa maksud... wanita adalah antara ramai yang menjadi penghuni neraka..., wanita adalah perhiasan dunia....

Itulah antara hasil catatan wanita ini yang telah kehabisan idea dan kekeringan idea... kerana di sampingnya ada si jari runcing yang sedang menunggu untuk menyusu....

sekian adanya...

Serupakah kita?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat 1Malaysia dan 1Dunia,

Pernah tak kita terjumpa entry atau catatan yang seakan-akan sama dan serupa dengan entry yang telah kita buat... Lantas kita katakan orang itu meniru entry kita... Tetapi tahukah kita apa perasaan orang itu semasa dia menulis adalah sama dengan perasaan kita?  Kita tak tahu... Kalau entry yang secara kebetulan sama... mungkin gelombang idea kita sampai ke pengetahuannya... tapi... ingatlah ... dah ramai sangat blogger dalam dunia maya nih... sedangkan lagu pun boleh jadi sama... walaupun maksud nya lain... kan????

Pada dasarnya kita akan kata bahawa kita tidak serupa, kerana dunia kita adalah berbeza, tetapi kita punya perasaan yang sama bila kita berhadapa dengan situasi yang sama ... walaupun pada masa yang berbeza... ada faham ka.... keliru?... huhuhuu

Kita dalam dunia yang sama kerana kita adalah blogger dan... kadang-kadang fikiran kita juga sama...






?


Siapa kita untuk membenci orang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam kehidupan kita seharian, memang tak pernah lepas dari perasaan benci.  Tak kiralah benci kerana geram, benci kerana marah, benci kerana rindu... (ada juga?) dan macam-macam perkara lagi yang menyebabkan kita benci kepada seseorang atau kepada sesuatu benda... sasaran tak mengira apa atau siapa.

Mengapa kita membenci?... Tak dapa juga aye pastikan... kadang hanya kerana perkara yang kecil sahaja atau kerana benda remeh temeh dan tak masuk dek akal... boleh jadi punca untuk membenci.

Siapalah kita untuk membenci... Benci kita tak ke mana, tidak juga boleh membawa kita ke jalan kekayaan atau jadi jutawan hartawan... malahan bisa menyebabkan kita jatuh sakit... sakit hati, sakit jantung dan macam2 sakit...


.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...