FOLLOWER

18 Januari 2011

ADIANIEZ GIVEAWAY : RIANG RIA DARA BERDUA

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,





TEMPOH GIVEAWAY :

17.1.2011 @ 4.17 pm hingga 23.2.2011 @ 9:20 pm
(ni tarikh & masa dara berdua dilahirkan)

Syarat wajib :

1.sila follow blog ini & add blog ni di bloglist anda - http://adianiez.blogspot.com/

2.sila tempek banner giveaway di atas tu kat sidebar blog anda, link kan ke post ni - http://adianiez.blogspot.com/2011/01/adianiez-giveaway-riang-ria-dara-berdua.html

3. sila buat satu post tentang giveaway ni dgn tajuk ADIANIEZ GIVEAWAY : RIANG RIA DARA BERDUA dan tempek banner giveaway di awal entry anda dgn link ke post ni - http://adianiez.blogspot.com/2011/01/adianiez-giveaway-riang-ria-dara-berdua.html

4.tinggal kan komen pernyertaan anda kat sini - nak email address korang sekali ye.

Syarat tak wajib, sunat jer :

- cadangan hadiah: 
1.  alphabet nama crosstitch - akan aye tunjukkan contohnya berserta harganya nanti, atau
2.  dapatkan pakaian cantik2 dari Izzahkids - boleh beli online juga... nak tempek gambar baju2 tu tak sampai hati pulak sebab banyak yang cantik2 lagipun nampak macam tengah buat sale tu... 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
So... kepada kawan-kawan yang ingin turut serta dalam giveaway ini... jangan segan-segan terus ke link berikut - http://adianiez.blogspot.com/2011/01/adianiez-giveaway-riang-ria-dara-berdua.html untuk mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut...

cepat... dan cuba jangan tak cuba...


berikut adalah antara hadiah-hadiahnya...

•blog header - tajaan Kak Yong
•1 set of blog signature & watermark - tajaan AdianiezShoppe & Kak Yong
•1 kain batik sarawak, pengurut kaki, 1 pek herba sauna, lilin wangi dan craft box - tajaan AdianiezShoppe












.

mengapa mencari...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

dalam hidup ini banyak benda yang dicari... ada yang pengubat luka, pengubat rindu, mencari cinta dan ada juga mencari permata hikmah... bukan sahaja yang mencari nik zaris nellydia senrose, jejari runcing, peta kehidupan, atau juga lagu pengubat rindu nyanyian yuna (ada ker?)... entahlah...

apa kata kepada anda yang mencari hikmah... kita selusuri blog pengumpul hikmah ini... banyak khasiat untuk mengubat hati...

antara petikan...

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." .... baca seterusnya di sini

~~~~~~~~~~~~

Petua Untuk Ibu Hamil Bagi Menghadapi Anak Demam Kuning

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat ibu-ibu dan 1Malaysia,

Sekadar berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang tak seberapanya ini.

Perkongsian ini dirasakan perlu kerana aye telah mengalaminya dan merasakan kesukaran yang dialami sepanjang tempoh pantang terutama pada minggu pertama kelahiran. 

Hari pertama melahirkan walaupun dalam sakit tetap rasa bahagia kerana anak yang dilahirkan sihat dan sempurna.

Hari ke-2, keluar dari wad rasa sedih (bukan nak nangis) tapi sedih sebab lepas ni semua kena buat sendiri.  Dalam tempoh 24 jam semalam, semua keperluan dilayan penuh mesra oleh Misi di Klinik Yasmin.... memang bahagia.

Hari ke-3, pagi2 mak tolong mandikan anak dan buatkan sarapan... kesian mak...petang - misi dari klinik desa datang melawat, tengok anak ... katanya ada jaundice (demam kuning)... mulalah saat sedih...kesian kat anak kena ambik darah kat tapak kaki...keputusan...9.7

Hari ke-4, suami bawa anak ke Klinik kesihatan... ambik darah lagi ... keputusan... 10.4

Hari ke-5, keputusan.. 10.5

Hari ke-6, keputusan... 10.4... oleh kerana dah turun esok tak perlu check darah... selamat 1 hari

Hari ke-8, kena check lagi... keputusan... 10.5.... heh naik pulak... tapi masih ada masa lagi...

Hari ke-10, check darah lagi.... dah turun... 9.3... dah tak perlu pergi lagi ke klinik... selamatlah anakku si jari runcing itu... (...)


Mengimbas kembali sebelum kelahiran, maksudnya semasa dalam tempoh kehamilan... bermacam-macam petua yang aye terima dan aye dah buat demi menyelamatkan anak dari terkena jaundice, antaranya:

1.  Minum Susu kambing (Hi Goat) 2 kali sehari... kadang-kadang 1 kali jer

2.  Makan Epal hijau sebiji setiap hari...di penghujung tri-semester (8 bulan keatas)... bab ini memang aye suka...Petua ni aye dapat dari seseorang yang memang boleh dipercayai... iaitu Kak Kiah... Kenal ke?..

3.  Makan Kismis... 7 biji sehari... tapi aye makan lebih kadang2 tu sampai segenggam sekali makan ... maklumlah dah berumur nih... otak pun dah kematu hati pun dah keras sikit... hehehe

4.  Makan Kurma... beli banyak-banyak semasa bulan puasa simpan2 dalam peti ais.

Selain dari makan dan minum apa yang tersebut di atas, mengaji Quran dan berdoa juga tidaklah dilupakan.

sekian dulu.... semoga mendapat manfaat bersama...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...