FOLLOWER

20 Januari 2011

Apa itu Google PageRank?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat 1 Dunia,


Sumber gambar:  Google.com
Google PageRank.  Memang sukar untuk difahami terutama bagi bloger yang tidak tegar seperti aye.  Kadang timbul kadang tenggelam dalam keseronokan sendiri (buat entri syok sendiri).  Berani kerana benar, memang sungguh aye nyatakan di sini, aye sebenarnya tak berapa kisah sangat dengan istilah Google PageRank (PR), walaupun buat masa ini PR blog yangbaik.blogspot.com telah mencecah angka 2. 


PR blog naik ke angka 2 pun sebenarnya secara tidak sengaja, kerana aye sering berkunjung ke blog denaihati.com sepanjag tahun 2009 atau 2010 kerana mengikuti beberapa contest anjuran denaihati.com antaranya Hidup Seorang Blogger, Weblog Popular 1Malaysia, dan yang terkini adalah Hidup Untuk Memberi.  Walaupun aye tidaklah memenangi apa-apa hadiah dari penyertaan berkenaan tetapi secara kasarnya hadiah yang aye terima adalah PR blog yang meningkat ke angka 2... secara tidak sengaja (tanpa disedari).  Banyak yang aye belajar dari bro Denaihati.com... terima kasih... walaupun anak murid ini kekadang tuang (ponteng) kelas dan kekadang tercorot dalam mengikuti perkembangan terkini di denaihati.com.


Bukan sahaja denaihati yang banyak memberi panduan dan pedoman dalam dunia blog, malahan secara senyap (silent reader) aye juga mengikuti blog kulanzsalleh.com dan kadang-kadang Ariffshah.com.  Banyak ilmu dan pengetahuan tentang dunia blog yang aye perolehi dari mereka.  Bukan itu sahaja, banyak lagi blog-blog hebat yang tak tertulis di sini.


Berbalik kepada pagerank, berikut adalah ringkasan maksud yang sempat aye kutip dari blog kulanzsalleh.com (mohon izin ye?).
"Page Rank adalah alat yang dicipta oleh Larry Page dan Sergey Brin untuk menentukan halaman mana yang lebih popular dan layak untuk dipaparkan dalam laman utama mesin carian google. Page rank dikira 0-10. Semakin tinggi kedudukan laman tersebut, bermakna lebih popular halaman tersebut di enjin carian".

Untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai PR silalah ke blog kulanzsalleh.com dan juga denaihati.com.

sekian.



..  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...