FOLLOWER

31 Januari 2011

Terkini: Harga Minyak Ron 97 naik 10 sen mulai 1 Februari 2011

Selamat sejahtera,

Harga minyak Ron 97 naik lagi, dari RM2.40 kepada RM2.50.  Kenaikan sebanyak 10 sen yang dikatakan kali ke empat dijangka akan berkuatkuasa mulai 12.01 malam ini.... pasti ker.

artikel ini aye dapat dari blog aku dan sesuatu...

mungkinkah kenaikan berkenaan akan disusuli pulak dengan ROn 95.... oh tidak... jangan lagik...

sekian.

Wujudkan blog untuk kutuk blogger jutawan | Alkisah sebuah pencarian bersama Nuffnang

Selamat sejahtera 1Malaysia,

Wujudkah blog khusus untuk mengutuk blogger lain?  Suatu pertanyaan yang agak keras bunyi nye, tetapi itulah hakikat yang harus diterima.  Adakah blog sedemikian wujud di Malaysia atau mana-mana negara di dunia yang  khusus untuk kutuk-kutuk orang. (Jawablah sendiri)

Aye bukanlah pakar motivasi atau pakar kaunseling.  Pi kursus kaunseling pun baru peringkat asas jer.  Memang nye yer  motivasi atau kaunseling tiada kaitan dengan tajuk catatan nih, tetapi pasti ada kaitan dengan apa yang aye nak catatkan, supaya nanti tiada lah sesiapa yang  membacanya terperasan pulak yang aye nih pakar itu ini.... oh tidak...

gambar dari nuffnang.com.my untuk yangbaik.blogspot.com - sebuah pencarian pada 31.1.2011 sehingga jam 11.00 pagi.
Gambar di atas (untuk lebih jelas klik pada gambar berkenaan maka akan membesarlah gambar itu) menceritakan apa yang aye perkatakan di peranggan atas.  Bacalah apa yang tersurat dan fahamilah apa yang tersirat. 

Sebenarnya tadi, sejurus sebelum buat entry ni aye ada terbaca kat facebook.  Tak tau pulak tak pasal2 rupanya memang ada orang cari blog yang kutuk Redmummy.com.  Bukan aye nak jadi peguambela RM lagipulak aye bukan kojer ngan RM, memang tak dapat dan tak pernah dapat sesen pun dari RM (kot2 lepas ni ... itu lain citer lah).  Cuma macam tak sangka kan... tiba2 ada orang cari benda2 tak baik tu kat blog nih... kontra kan dengan nama blog nih... helloooo.... nama blog neh yangbaik tau... bukan yang tak baik... isk3.  Tapi tak per, at least kita tau juga asam garam dan rencah hidup manusia yang berbagai-bagai.

Then, lagi satu nak cerita tentang sebuah pencarian yang panjang mengenai Fasha Sandha... ada jugak...

cukup dulu membebel kat sini...sekian.

*p/s:  istilah 'blogger jutawan' tidaklah merujuk kepada Redmummy, kerana dengan terang dan jelasnya RM telah menyatakan dalam blog nye berkali2 bahawa beliau belum pun menjadi jutawan hanya kerana blog.

peace...

Lebih dari 10 Fakta mengenai The World of Dubai

Selamat Sejahtera buat 1Dunia,

The World of Dubai!  Gugusan pulau buatan manusia digelar The World di perairan Dubai, didakwa kini terbiar dan semakin terhakis.


Bagaimanapun, pemaju projek itu, Nakheel menegaskan dakwaan yang dibuat sebuah mahkamah tentang keadaan 300 buah pulau itu tidak benar sama sekali sebaliknya pulau-pulau tersebut masih stabil.


"Tiada isu tentang kestabilan pulau-pulau di The World yang yang lebih kurang 70 peratus daripadanya telah dijual dan diserahkan kepada pemiliknya.

"Pembeli pulau itu berhak meneruskan pembangunan yang telah dirancang," ujar jurucakap Nakheel menangkis dakwaan itu.

Pulau-pulau yang kebanyakannya dimiliki individu kaya dari pelbagai negara yang hanya boleh dimasuki menggunakan bot atau helikopter itu, merupakan satu daripada projek mega negara Teluk tersebut.

Pemilik-pemilik pulau terlibat telah mengumumkan beberapa perancangan untuk membangunkan pulau mereka, tetapi kerja-kerja itu masih belum berjalan sepenuhnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...