FOLLOWER

8 Februari 2011

Ada apa dengan dusta | Bukan kerana benci

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,

Mengapa berdusta?  Dusta, Tipu, Bohong maksud yang sama kan?  Meh tengok apa maksudnya kat kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.... carilah kat http://www.dbp.gov.my/ ... (klik jer)


Apa yang kita dengar belum tentu betul kan? So kenapa nak cerita kat orang lain.  Sedangkan apa yang kita nampak pun belum tentu maksudnya sama dengan apa yang kita faham... jadi kalau berani pi jumpa orang tu sendiri tanya apa sebenarnya yang terjadi... tapi untuk apa pulak yang dok sebok2 nak tanya kan... dah lah masalah sendiri pun tak tertanggung nak pi tanggung masalah orang lain pulak...

Ada orang suka bercakap, walaupun maklumat yang dia dapat tak tepat atau tak lengkap... tapi sebab pandai bercakap nampak (dengar) macam betul jer... lengkap dengan tokok tambah nye...

Ada orang suka menipu... untuk (kononnya) nak menyelamatkan diri sendiri dan menutup kesalahan diri sendiri.  Tak tau pulak kerana penipuannya itu mampu merosakkan perhubungan orang lain.  Memang tak patut betul ini orang.... hush.... memang marah nei..


 
~~~~~~~~~~~~
Cukuplah seseorang dikatakan berdusta jika dia menceritakan setiap apa yang dia dengar.  (HR Muslim)

EGO tercalar retak lalu pecah membawa hati yang luka

Selamat sejahtera 1Malaysia,

Ego tercalar kerana kesilapan lama, lalu dibaiki ego itu agar tidak terlalu tinggi melangit
redalah sudah gundah gulana di hati yang semakin membukam memakan diri
membeku kaku melesukan diri

Kini...
Ego itu... biarpun masih ada parutnya
parut itu memberi beribu erti

dikhabarkan lagi ego itu tercalar lagi
hingga pecah berderai menyembah bumi
bagaimana nak akui kealpaan diri
kerna keizinan itu atas dasar simpati
namun simpati itu tidak bererti
bila kepercayaan itu terlerai dan berderai bak cermin yang hancur terhempas ke batu

Telah lama disimpan rasa itu
namun simpati dek desakan
Ego itu dilepaskan pergi
dengan pernuh kepercayaan dan keyakinan

Setelah apa yang terjadi
cukuplah kepercayaan itu
tak sanggup rasanya
dibiarkan ego itu dilukai lagi

Biarlah apa yang dikatakan
kerana resah dijiwa dan tenat di lubuk hati
tiada siapa yang mengerti

bukan kerna tangkai jering atau haji bakhil
tapi kerna sayangnya pada ego bukan alang kepalang
sukarnya mendapatkan ego itu....
biarpun harganya tak seberapa
namun itulah harta yang ada.

inilah ego yang dimaksudkan....catatan di atas sukarkah dimengertikan... biarlah ia menjadi rahsia peribadi pemiliknya yang sering terluka kerana terlalu banyak jarum yang patah di dalam peti hati...  simpati di dalamnya... biarlah ia menjadi lipatan sejarah dan benamkan saja ke dasar paling dalam di lubuk sanaaaaaaaaaaaaa

...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...