FOLLOWER

26 Februari 2011

Servis Kereta di Tiang Siang Sitiawan | Guna Petronas Syntium Dapat Mug

Assalamualaikum,


Catatan dibuat bagi pihak seseorang yang telah dengan gigihnya baru-baru ini servis Proton Exora 1.6 (MT) di Tiang Siang, Sitiawan.  Servis untuk kali yang ke berapa 'tak hingat'...

Antara kandungan dalam servis berkenaan adalah Petronas Syntium 800 SL 10W/30 ... dapat hadiah mug cantik macam dalam gambar kat atas (abaikan X kat bucu gambar)

Perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Tiang Siang memang tip-top tetapi belum lagi mencecah 10/10 atau 9/10.  Semasa menunggu kalau boleh bawa laptop Toshiba Satellite L200 atau notebook 1Malaysia, iPad pun buleh jugak... naik tingkat 1 kat cafe ada ruang untuk berblogging atau berfaceblog kerana di situ ada ruang wifi percuma, sambil minum secawan nescaffe bersama roti bakar, agak2 nak santai lagi buleh makan aiskrim... Magnolia sherbet?... tak tengok lagi... rasanya tak der kot sebab peti aiskrimnya kecil jer.  Selain dari itu boleh merayau-rayau kat ruang pameran tengok jugak berbagai jenis kereta antaranya Honda, Toyota dan Perodua.  Dah puas merayau boleh baca surat khabar atau menonton tv.

Kalau nak beli kereta pun buleh juga.  Cari En Haship, layanannya memang memuaskan.

...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...