FOLLOWER

18 Mac 2011

Marah dan kesannya sama seperti Tsunami

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tsunami yang melanda di Jepun secara logiknya adalah kerana berlakunya gempa bumi.  Namun disebaliknya berbagai telahan dan andaian dibuat.  Didoakan semoga rakyat Malaysia yang berada di Jepun selamat.

Marah dan kesannya sama seperti Tsunami.

Bayangkan Tsunami seperti perasaan marah.  Kemarahan itu dilepaskan sesuka hati tanpa kawalan dan tanpa menghiraukan maruah diri atau maruah dan perasaan orang yang dimarah.  Tetapi bagi Tsunami mana ada perasaan yang tahunya marah jer... tak kiralah apa yang ada didepan semua dilanggar.

Tetapi bagi kita sebagai manusia yang mempunyai akal dan fikiran waras masih mampu berfikir baik dan buruknya akibat daripada kemarahan kita.  Bukan sahaja maruah orang yang dimarah itu tercalar, tetapi maruah kita juga akan tercalar.  Kerana lama kelamaan akan hilang rasa hormat orang pada kita kerana kita asyik marah.

Nak cerita banyak-banyak bab marah nih memang tak sudah.  Namun bagi kita yang sering menjadi mangsa kemarahan, banyakkan bersabar kerana marah itu menunjukkan kelemahan orang itu bukan kelemahan kita.  Memanglah kesilapan itu tidak patut kita lakukan, namun sebagai manusia biasa kita juga ada ketika tersilap juga dan jangan pula dijadikan sebagai alasan untuk sering buat salah.  Semoga kesalahan yang tak sengaja dilakukan itu menjadikan kita orang yang lebih berhati-hati di masa depan.

~~~~~~~~~~~~


Tsunami Alert for New Zealand, the Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii, and others. Waves expected over the next few hours, caused by 8.9 earthquake in Japan.(11/3/2011) - Sumber:google.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...