FOLLOWER

7 April 2011

BEN ASHAARI BUAT GILA LAGI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia.com ,


BEN ASHAARI BUAT GILA LAGI...
Segmen Segera : KALAU AKU INI DIA !!


memang betul lah baru jer lepas buat cerita pasal makan tengahari... tup2 dah nak buat entry baru pulak... tak kan nak ubah topik makan tengahari tu pergi ke petang pulak... tak kuasa lah... merajinkan jugak masuk segmen segera... memang gila betul... nak kata meroyan... tak juga sebab baru jer habis pantang.. hishhh..
 
Dah tu pulak kena jelaskan KENAPA KORANG NAK JOIN SEGMEN BEN ASHAARI ..100 patah perkataan dalam 4 perenggan !! tak cukup , rejek !!  - hah ah... alahai
 
aye sesaja jer nak join segmen ben ashaari ni... bukan apa dapat ramai kawan baru, tengoklah lepas join segmen gegar 1000 blog folower dah mencecah 300 lebih... tu semua datang dari blog ben



eh! kalau sesaja tu maknanya tak der tujuan la.. habis tu nak tulis apa lagi... tentu ada sebab kan tapi malas la pulak nak pikir panjang-panjang nih... nak pi solat zohor... karang nak sambung buat kerja pulak, baru lepas makan snickers...

aye tambah lagi yer, kalau join segmen bro ben ashaari,,, memang meletop la blog yang tak seberapa nak glamor macam fasha sandha, tak pasal-pasal ada orang kenal... eh ke situ pulak...layan jer

ada sesapa yang nak cepat glamor meh cepat join segmen ni... cepat jangan lambat untuk dua jam jer katanya.... sempat ker... cepat lah... daaaa.. nak cukupkan ayat... aklau tak cukup seratus nanti ben reject pulak... aduyai... nak kena masuk reject shop pulak...

ops... sudahhhhhhhh

Tengahari makan apa?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera (Selamat Tengahari juga...),


Biasanya kalau di rumah terutamanya pada hari minggu atau cuti makan tengahari dengan keluarga.  Masak yang sedap-sedap tetapi ringkas jer... ala-ala masakan kampung!  Sesekali kalau rajin dan banyak modal boleh masak nasi beriani atau nasi tomato atau nasi karot... kalau masak yang berlagu-lagu nih selalunya aye jadi pembantu jer.. sebab yang pakar masak ni... orang 'rumah'... yuhuuu... sengih lah tu... ahhhh lantak kome le nak pikir apa, yang penting dapat masak sama2 dan makan sama2 dengan anak2 kan?

Okeys.. berbalik pada cerita makan tengahari ni... kalau dah malas nak ke kafe berebut dengan orang ramai.. so layan jer snickers...untung-untung boleh main game... hei..ingat tak lapor ker... makan snickers tu buat lapik perut jer... balik rumah petang karang baru le masak serba ringkas dan makan nasi dengan ikan goreng atau telur mata pund ah okeh dah... anak2? depa dah makan dah... malam depa layan jer apa yang mak pak depa makan.

So... jom layan snickers... sedap gak nih... agak2 lah.. beli banyak2 buat stok kat dalamlaci pejabat ... huk3

layan.......

Leadership Extraordinnaire-A-Z of Managing People Successfully

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Sedikit input ingin aye kongsikan mengenai perkara yang perlu kita beri perhatian mengenai 'kepimpinan' dan 'kejayaan pengurusan'.


Accountability

Achievement

Action

Advice

Admitting Mistakes

Aims

Appraisal

Assessment:

Authority

Awareness

Behaviour

Belief

Briefing

Care

Challenges

Change

Character

Climate

Communication

Commitment

Conflict

.... ada peluang nanti sambung lagi...

Kerana Keychain Melaka dari Eyriqazz

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Kerana keychain Melaka dari Eyriqazz.com.  Gambar keychain tu seperti di atas... Kredit to Bro Eyriqazz.com, izinkan aye guna gambar ni yer... tak der repair kat mana2 fresh from your blog bro!

Macam mana nak mula cerita aye pun malas nak pikir lah... sementelahan peristiwa 2 3 hari lepas banyak menggugat pemikiran dan daya ingatan untuk berfikir perkara-perkara lain.  Namun kerana kengkawan kat blog dan demi penghargaan dikuatkan semangat dan tekad untuk buat catatan ni... kalau ayat atau jalan cerita agak kabur tu mohon maaf yer... (perasan pulak macam lah catatan sebelum ni hebat sangat... hu3)

Sebenarnya aye nak ceritakan tentang gambar kat bawah nih...
nampak tak?  bilangan pengunjung dari blog bro eyriqazz mencecah sehingga 14 orang untuk hari ini sahaja.  Terkejut juga sebab sebelum ni tak pernah dibuat pengunjung dari blog yang sama datang menjengah ke blog aye sampai 14 orang dalam satu-satu hari.  Sebetulnya juga, aye dah 2 hari tak lepak2 kat blog bro eyriqazz... sebabnya?  seperti yang dinyatakan di perenggan kat atas... Tadi jalan2 kat nuffnang.. ternampak (macam tak sengaja pulak) no. 14 tu... oh wow.. pasal apa ada cerita apa ... tertanya2 sendirian.

So!!! jawapannya ada pada gambar atas sekali dan ceritanya boleh baca kat entry bertajuk Pemenang Komen Terbaik.  Dan cerita di sebalik komen tu adalah berkaitan gula ...

akhir kalam... terima kasih...
"Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa"

Budi bahasa budaya kita!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...