FOLLOWER

7 Mei 2011

Siapa aku akan menghadap?

Assalamulaikum dan selamat sejahtera,









Ayahku pernah mengatakan bahwa apabila 'Ali bin al-Husain selesai berwudhu dan telah bersiap untuk shalat, tubuhnya akan gemetar dan menggigil. Pernah ada seorang lelaki yang bertanya kepadanya tentang hal itu, maka 'Ali bin al-Husain menjawab, 'Celakalah Engkau! Tidakkah kau tahu, kepada siapa aku akan menghadap? Dan kepada siapa aku akan bermunajat?'
(al-'Utaibi)

Teluk Batik kawasan perkelahan terindah di Seri Manjung

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu,


Teluk batik merupakan kawasan perkelahan yang terindah di Seri Manjung.  Selain daripada pantainya yang bersih, lanskap persekitarannya juga menarik.  Teluk Batik menerima pengunjung yang ramai pada hujung minggu terutama pada musim cuti sekolah.  Terdapat beberapa buat chalet untuk menginap dan apartment untuk disewa ketika bercuti di Teluk Batik.  Lain-lain maklumat mengenai kemudahan-kemudahan yang ada boleh didapati dari laman web Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

Gambar di atas kiri, adalah antara mercu tanda atau pintu gerbang yang menyambut pengunjung ke kawasan pantai di Teluk Batik terletak di belakang deretan gerai cenderamata.  Gambar sebelahnya adalah anak tangga yang menuju ke suatu tempat rahsia... yang pastinya ia bukanlah tangga seribu seperti yang terdapat di Bukit Bendera Pulau Pinang... Nak tahu? Berdekatan dengan tangga berkenaan ada sebuah pondok laluan, carilah ia di Teluk Batik.

Dah penat berjalan rehat sekejap di deretan kiosk 'kosong' yang ada.  Kesempatan ini diambil oleh anak-anak untuk lepak dan merayau di kawasan lapang sebelahnya.  Terdapat juga flora dan fauna yang indah-indah.

Jika ke Teluk Batik jangan lepaskan peluang untuk menikmati aiskrim kembar yang enak dan menyelerakan terutama kepada anak-anak.  Ibubapa?... sesekali menikmati keindahan zaman kanak-kanak apasalahnya.  Cubalah aiskrim yang hebat itu... (Alif kata aiskrim ini rasanya sungguh hebat!).  Selepas makan aiskrim jalan-jalan tepi pantai di laluan pejalan kaki dan sekiranya bernasib baik dapat melihat sekawan burung-burung kecil berterbangan mengeliling pondok di kawasan sekitar.

"Pasir putih tepi pantai, ombak lari berkejaran, engkau berlari aku mengejar, di antara deru rindu kita berduaaaa"
Masa orang tak ramai bolehlah berlari berdua... menarik kan?


Dah seharian berlari, selepas menikmati lazatnya rasa aiskrim yang hebat dan keindahan alam di Teluk Batik... tiba masa untuk pulang...Sebelum meninggalkan Teluk Batik pastikan anda tidak meninggalkan sampah sarap merata-rata, gunakan tong sampah yang disediakan.

Yang sebenarnya ada banyak gerai yang menjual cenderamata seperti 'langsir siput', kipas siput, baju T... dan bermacam-macam lagi.  Cuma tak sempat nak 'capture' di sini sebab jurugambar dok sibuk bershopping hingga terlupa nak 'pukul' gambar...

Teluk Batik.... here we come!

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...