FOLLOWER

15 Mei 2011

Susah sangat ke nak mengalah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Dalam kehidupan ini kita tak selamanya boleh dan tak selamanya juga kita mampu hidup sendirian.  Walau sekuat mana atau sehebat manapun kita, adakalanya kita memerlukan khidmat dan bantuan orang lain. 

Tetapi bila kita rasa kita adalah orang yang hebat dan kuat mengatasi segala-galanya atau bila kita rasa kita mampu berhadapan dengan sebarang kemungkinan ia akan menjadikan kita seperti orang yang sombong.  Peraturan dibuat sebagai panduan dan sempadan untuk kita menghadapi sesuatu situasi.

Betul! Melanggar peraturan adalah satu kesalahan, namun tidak menjadi kesalahan sekiranya kita mengalah sedikit untuk memberi kemudahan dan melepaskan kesusahan orang lain.  Kita telah ikut peraturan dan garis masa yang ditetapkan, tetapi orang lain tidak dapat mengikutnya mungkin kerana sebab-sebab tertentu yang diluar kawalan.

Kita harus sedar dan harus juga memahami situasi orang lain.  Di situ kalau berkorban sedikit waktu dan tenaga untuk melepaskan kesusahan orang bukankah satu kemenangan buat kita.  Ya! mungkin juga ada orang akan mengatakan kalau kita tidak ikut peraturan dan garis masa yang ditetapkan kita akan menjadikan orang itu 'naik lemak' dan sukar dikawal.  Tetapi tahukah kita apa yang kita rasa bila kita berada di situasi itu.

Memang! kalau nak bercerita bab berkorban masa dan tenaga, tak semua orang suka.  Kita lebih suka bercerita tentang kesusahan kita tanpa mengambil peduli akan hati dan perasaan orang yang dalam kesusahan.

Agak sukar untuk ditafsirkan bagaimana untuk diceritakan pun agak sukar kerana manusia ini corak pemikiran dan gaya berfikir berbeza.  Tak semestinya orang yang pandai bercakap, lantang bersuara itu punyai naluri ingin membantu yang ikhlas untuk kebaikan orang. Dan !... tak semua juga orang yang tak pandai cakap itu tak punya perasaan. 

Renung-renungkan.  Kita mungkin akan berasa selesa dengan cara kita dan apa yang kita ada sekarang.  Namun kita juga perlu ingat bahawa suatu masa kita akan memerlukan bantuan orang lain juga.  Tidak semestinya orang yang kita bantu itu yang datang menolong dan tidak semestinya juga orang yang kita tidak bantu itu akan membantu kita.

Serius catatan ini kerana hati rasa kurang selesa dengan penilaian dan pendapat orang lain tentang memberi kesenangan untuk memudahkan idup orang lain.

Sekian.

Proton Persona kereta kedua selepas Proton Exora?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

sumber:  Google
Proton Persona sebagai kereta kedua?  Sesuai juga, sebab boleh digunakan untuk berulang pergi kerja.  Kalau guna Exora untuk pergi kerja naik berdua sahaja... tak berbaloi ... dah lah harga minyak dah naik... nak juga sesekali merasa guna minyak Ron 97, selalu sangat guna minyak Ron 95 orang kata tak berapa elok.  Ala macam kita manusia sesekali nak juga kan rasa makan makanan yang enak2 dan berkualiti...  merepek lagi.....

Nak cerita banyak tentang kereta nih memang aye tak pandai (lagik... ayat skema jer).  Memang aye tak mahir dalam bab-bab automotif... kalau bab cerita sensasi artis Malaysia... lagi bukan line aye... Betul!... nak buat sesuatu cerita yang menarik kita perlu banyak membaca dan banyak buat kajian serta nilai dan kehendak pasaran pembaca dan pengguna sesuatu produk. 

Proton Persona memang mempersonakan dan menarik... tunggu green light jer... boleh beli sebiji untuk kegunaan harian dan aktiviti santai bersama keluarga. Taklah berat sangat kerja si Exora, ke sana ke sini semua lanyak jer...

kalau nak baca tentang kereta sedan terbaru keluaran Proton boleh jumpa Paultan. Memang banyak maklumat tentang automatif.

Okey yang sebenar-benarnya aye nak katakan baru jer dapat BE pasal Proton Persona, sebelum ni Proton Exora itupun masih lagi dalam genggaman... tapi baru jer dapat Proton Persona dah terlepas pula BE tentang pencetak HP... boleh baca cerita dan promosi tentang pencetak HP di sini...

sekian adanya sebuah cerita caca marba mengalahkan pasembor dan rojak mamak lagik....

layan.....

Bersiaran kembali

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kita bersua kembali di arena ini setelah sekian lama menghitung rindu (ceeewahhhh).... mencuri masa dengan mengemaskini status terkini di sini... tiada cerita sensasi mahupun berita utama untuk dipamirkan...


layan.......



"Apa pendapat Anda bila ada seseorang yang pakaiannya terkena air kencing, lalu ia hendak mensucikannya dengan air kencing pula? Mungkinkah air kencing itu dapat mensucikannya? Tentu saja tidak! Kotoran tidak dapat disucikan kecuali dengan sesuatu yang suci. Begitu pula halnya keburukan yang pernah kita lakukan, tidak akan dapat terhapus kecuali dengan memperbanyak melakukan kebaikan". (Sufyan ats-Tsauri)

Rancangan tergendala

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Rancangan awal yang dibuat secara tiba-tiba, walaupun dah rancang tapi tak sangka menjadi pulak.  Di malam Jumaat yang murni ini, suatu rancangan baru yang hebat telah terlaksana namun hanya separuh jalan.  Kita mampu merancang tetapi takdir yang menentukan.  Sesungguhnya kita manusia dan insan yang lemah dalam membuat keputusan.  Namun kelemahan itu bukanlah halangan untuk kita terus maju tetapi boleh juga dijadikan sebagai panduan di masa hadapan.

sekadar gambar hiasan dan tiada kaitan dengan jalan cerita....isk3
Nak tahu rancangan apa?  Beginilah dipanjangkan cerita, malam ini malam Jumaat ada Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Negeri Perak di lansungkan di Pusat Latihan UiTM Kg Gajah Perak.  Sepetang tadi telah terfikir untuk pergi asalnya hanya berdua-duaan sahaja, namun tak sampai hati nak tinggalkan dua permata hati kat rumah... eh! permata hati yang ke-3 tu memang la... kena tinggal kalau berpergian malam2 cenggini.  So... bawaklah mereka berdua itu... belum lagi sampai dah tidur dalam Exora yang luas nih... ye lah... seharian tak tidur. OK.. sampai dah tempat yang dituju... bangunkan mereka dengan kasih mesranya menuju ke tempat makan (makan dulu baru selesa perut di dalam).

Sampai jer ke Dewan Bankuet, deme kata dalam dewan udah penoh... so keme numpang le duduk kat luar bawah khemah... huih anginnya sepoi-sepoi bahasa... ditemani nyamuk-nyamuk yang kelaparan.  Baru jer MB tiba kira-kira jam 9.00 malam... tak dapat nak tengok jelas sebabnya kami dok kat khemah, keter MB tu menuju ke Dewan, so tengok jerlah kat skrin tu hahhh... besar gedabak... alif kata macam tengok wayang... (mana tahu ntahnye... macam le pernah pi panggung wayang!) lantaklah...

Hasrat hati paling tidak dapat lah tengok Qari dari UiTM Perak (wakil Perak Tengah gamaknya) bertarannum kat astaka tu... tapi tak kesampaian, baru jer Imam Besar Masjid Perak Tengah baca doa permulaan, permata hati berdua tu udah buat perangai... sorang lapor yang lagi sorang cari ayah ... pulak!.. Sabor yer anak-anak, ... tak buleh jadik jugak, sampai jer Pegawai Agama berucap... makin kuat lah pulak angin deme tuh... aih... tak bleh jadik cam nih... moh le apaknya kita balik... anak2 udah meragam... karang lagi kuat pulak deme ngaji kat luar nih ngalahkan Qari dan Qariah kat dalam dewan tu pulak... balik lah.... ke Seri Iskandar... adalah 40 minit perjalanan biasa dari Pusat Latihan UiTM ke SIDEC ni... apaknya udah merajuk... ummi?... sambung buat blog nih ha... pas tu dok ngirakan kojer esok ngan hari KOnvo nanti...... Jemputlah datang yer ke PESTA KONVO UiTM PERAK pada 13 dan 14 Mei 2011! Banyak acara menarik yang disediakan.  Aye idak le terlibat secara lansung dengan perancangan pesta tu tapi nak jugak pergi tengok... pasti meriah nyer...

Itulah kesudahannya cerita sebuah rancangan murni yang tergendala di Malam Jumaat... Kome ingat rancangan apa?...

p/s:  Tajuk asal telah ditukar atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Ilmu bukan untuk orang sombong!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,









Ilmu tidak akan bisa didapat oleh orang yang pemalu dan orang yang sombong.
(Abul Aliyah)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...