FOLLOWER

25 Mei 2011

Lawatan singkat ke Galeri Seni Tunku Nur Zahirah, UiTM Shah Alam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Lawatan singkat ke Galeri Seni Tunku Nur Zahirah ini dilaksanakan bukan secara berkumpulan atau bawa rombongan Cik Kiah tetapi lawatan peribadi sahaja.  Lawatan  yang dibuat secara adhoc untuk meninjau dan dijadikan kenangan peribadi.

Lawatan ini dibuat ketika waktu rehat semasa Bengkel KIK di Dewan al Ghazali, JPbSM.  Lokasi Galeri tidaklah jauh dari Dewan al Ghazali, membolehkan kami berlari sekejap ke sana.

Tidak banyak gambar yang dapat diabadikan tetapi cukup sekadar kenangan peribadi, untuk disemakkan di sini.  Ada bantahan? Okey, cadangan ditutup. :-)

Berhampiran pintu masuk

Antara arca yang terletak di luar galeri.  Sila abaikan arca (model) bertudung itu kerana dia bukanlah sebahagian bahan pameran. uhuks..
sebahagian daripada model kenderaan masa hadapan ciptaan pelajar-pelajar UiTM.  Kurang pasti pula dari program apa.
Sebahagian daripada model kenderaan yang dipamirkan.  Tidak termasuk model bertudung yang sedang 'control' ayu... Kononnn
Eh!... HA! cukup dulu gambar dalam galeri tu, dah habis posing tak kan semua gambar nak letak kat sini kan... sudah-sudah lah...

Masa untuk pulang ...


Layan jer...

Bila bosan melanda | Fikirlah untuk melaksanakan sesuatu yang membawa manfaat kepada orang ramai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Bila anda bosan buat apa?  Maksudnya anda buat apa ketika bosan atau boleh juga ditanya begini; dah bosan buat apa? Tak kan tak buat apa-apa kot.

Ada orang bila bosan cari coklat untuk dimakan.  Boleh ker?  Coklat.... bagus juga kan untuk hilangkan tension dan boring dan yang seangkatan dengannya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...