FOLLOWER

4 Ogos 2011

Sembang dan berlawak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Ingin bercerita panjang dengan buddy anda tentang tentang date romantik semalam? Baru sahaja habis lepak sejam lalu tapi masih ingin berbual panjang? Jom langgani DiGi® Easy Prepaid Super Buddyz untuk meringankan bebanan kredit!

Dengan DiGi® Easy Prepaid Super Buddyz, anda boleh nikmati panggilan dan SMS percuma kepada 3 Buddyz™ anda 24 jam setiap hari! Anda hanya perlu dail*128*1*3# untuk langgani, hanya 99 sen/hari sahaja!
Jika anda masih bukan pelanggan pelan DiGi Easy Prepaid, belilah pek SIM untuk RM 16.80 sahaja! DiGi menyenangkan anda bersembang dan berlawak dengan Buddyz™ anda dengan begitu senang!

Kalau sayang buat apa?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kalau sayang... buat apa?  Lain macam jer bunyinyer...Soalan yang sebenarnya macam ni...

"kalau sayang ummi alif kena buat apa?"... haa... baru betul

"kalau sayang ummi, kena dengar cakap ummi, kalau ummi panggil cepat datang, kalau pergi surau jangan buat bising, jangan bergaduh dengan adik, kena puasa...setengah hari boleh?"

"kenapa setengah hari jer?"

"sebab kat tadika tadi ada sukan... letih sangat"

..... tiada jawapan.... "tanya ayah lah"
*-*



*

Golden Churn punya cerita pulak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

kredit picture to DTS
(DTS ambil di mana tu memang tak tau, tapi yang aye tau gambar ni ambik kat DTS... )


Akhirnya terjawab sudah alkisah tentang status halal dan haram mentega Golden Churn.  dan memang sahlah mentega Golden Churn itu haram untuk orang Islam kerana mengandungi DNA 'kerbau pendek'. 

Nasib baik dan seingat aye lah... memang tak pernah guna, tapi jumpa tu pernah la kot ... kat TESCO ke kat GIANT... tak pasti pulak....

Mentega ni (Golden Churn) memang tak pernah guna, sebab bila buat kek atau kueh, biasanya kita orang (aye dan mak aye dan adik2 aye) guna marjerin Planta tak pun marjerin Daisy sesekali ada la marjerin keluaran Felcra, apa ke namanya dah tak ingat pulak... Dah dekat nak raya ni... ehhh dekat eh... belum seminggu puasa lah...

Well, semoga kita semua terpelihara dari segala ancaman musuh yang nampak dan tak nampak...

Selamat berpuasa!

Dah tanya | Jawablah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Dah tanya aye jawab

cari apa lagi

cari alasan untuk cuti

Nak cuti rehat ke cuti sakit atau cuti kecemasan

cari jari yang runcing atau cari sebab dan kisah berkaitan jejari

cari mopol purifying fluid atau cari kicap kipas udang

cari kenangan indah untuk kuatkan semangat atau pulih semangat yang hilang

cari tempat berbuka puasa atau cari bazar ramadan

cari butik baju raya atau cari tukang jahit baju

cari songkok atau cari sampin

cari kueh tradisional atau nak tempah kueh

Carilah apa-apa, jawapan tu semua ada di sini

Tapi yang pasti dan satu-satunya yang pasti adalah...

semua jawapan itu tergantung ....

kan?

*-*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...