FOLLOWER

13 September 2011

Malaysia's Next Top Female Blogger 2011

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


 


1) Mengenai Blog ini (yangbaik.blogspot.com)
Blog ini mula dibangunkan sekitar tahun 2008 dan pada awal pembabitan blog ini adalah sekadar untuk mengisi ceritera berkaitan kisah suka dan duka dalam kehidupan harian selain daripada berkongsi pendapat dan pandangan dalam kehidupan untuk manfaat dan kebaikan bersama. Kurang pasti pula siapa pengunjung tetap blog ini, kerana blog ini tidak mempunyai niche yang khusus seperti fesyen, remaja, sukan, gossip atau hiburan. Mungkin juga sesiapa sahaja yang terlibat dalam dunia fesyen seperti remaja perempuan atau remaja lelaki yang gemarkan sukan dan bidang permotoran pernah mengunjungi blog ini. Namun aye mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung ke blog ini untuk berkongsi rasa dan naluri dalam hidup bernegara.

Blog ini hanya akan dikemaskini setelah mendapat idea secara spontan atau apabila sesuatu kes telah siap dibuat siasatan.  Masa untuk mengemaskini blog ini tertakluk kepada mood pemilik blog ini iaitu paling kurang 1 hari sekali dan pernah juga mencapai 9 kali sehari (entah angin apa yang menyerang tak tahulah, mungkin dah terlebih idea).

2) What is your personal style?
Gaya saya adalah santai dan bebas tetapi masih mengekalkan sifat-sifat seorang isteri solehah dan ibu mithali (hanya setelah bergelar ibu).  Contohnya bila keluar untuk bersiar-siar wajib dibawa bersama beg besar yang boleh mengisi keperluan anak seperti botol susu dan lampin atau 'wet tissue'.  Namun saya juga tidak mempunyai gaya berfesyen yang tetap kadang-kadang terikut-ikut juga aliran fesyen semasa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri seorang muslimah dan mudah bergerak serta selesa.


3) A picture of you in one of your favorite outfits:
Inilah antara 'outfit' kesukaan ketika keluar bersiar-siar bersama keluarga.  Saya jarang sangat keluar dengan kawan-kawan sepejabat melainkan ketika berkursus.

4) Are you the next Malaysia’s Top Female Blogger 2011? Why?

Nak jadi next Malaysia's Top Female Blogger untuk tahun 2011 belum tentu lagi, tetapi kalau termasuk dalam golongan itu amatlah berterima kasih.  Mengapa saya termasuk dalam golongan itu saya sendiri kurang pasti mungkin juga kerana setelah memasuki contest ini makanya secara tidak langsung Sandra Azwan telah mempromosikan blog saya.  Tq.


5) I love to read ‘Life with Sandra…..’ because?
Saya suka mengunjungi blog 'Life with Sandra....' kerana dari blog ini saya dapat pendedahan dan pengetahuan mengenai dunia fesyen terkini bukan sahaja di Malaysia tetapi juga mungkin dunia fesyen keseluruhannya.  Namun saya mengharapkan Sandra Azwan akan turut memaparkan 'architect' fesyen untuk dunia muslimah sebenar bukan sekadar untuk berfesyen kerana mengikuti aliran semasa tetapi kerana sunnah untuk menutup aurat. 


Sekian adanya.  terima kasih

Guna Syampoo apa di Surau?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Syampoo apa yang anda guna? Maaf ini bukan iklan syampoo.  Adakah kerana anda menggunakan syampoo 'CLEAR' maka dengan sukahati anda mengibas-ngibaskan rambut ketika berada di dalam Surau.  Helooo!! Ini surau la... tempat nak solat bukan saloon rambut.  Tak tau ke dengan mengibas-ngibaskan rambut itu anda telah menyumbang kepada pencemaran di Surau. 
Pencemaran berkaitan dengan rambut lah... apa lagi?  Bila dikibarkan rambut tu dan dibuatnya berguguran ke lantai tidak itu menyusahkan orang dan akan mengotorkan Surau.  Kalau di rumah sendiri bolehlah. 

Inikan surau sapa yang anda bayar untuk membersihkan surau? Tiada kan?  So jagalah kebersihan surau.



Demam lah pulok...


Yang baik meraih kebaikan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia

gambar hiasan:  kenangan nasi lemak sambal sotong

Setiap yang dilakukan sama ada tutur kata atau perbuatan perlu memberi kebaikan kepada orang lain tidak lupa juga kepada hidupan lain yang melata di muka bumi.
Cuma kita kadang-kadang terlupa atau sengaja buat-buat lupa dengan membuang sampah merata-rata.
Selepas makan janganlah dibuang kulit rambutan atau kulit dan biji mata kucing keluar kereta, terutama ketika kereta sedang bergerak. 
Dibuatnya di belakang kita ada motorsikal kan ke 'naya'.

Tidak semestinya dalam perbuatan sahaja mesti buat baik. 
Ketika kita diam juga perlu 'buat' baik.
Janganlah nak menjeling tak tentu pasal.
Nak mencebik sana sini.
Mulut dah diam, tangan dan kaki pun tak buat apa-apa, tapi ada jer yang menyakitkan hati dan perasaan orang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Semoga Allah merahmati orang yang baik bicaranya dan meraih kebaikan atau yang diam dan menghindari keburukan.  (Ibnu Mubarak)

**********


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...