FOLLOWER

26 September 2011

Mencari yang terbaik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Mencari yang terbaik! Semua orang sudah pasti mengharapkan yang terbaik dalam setiap laluan kehidupannya.  Tidak kiralah sama ada pasangan hidup, anak-anak, kerjaya dan sahabat.

Lelaki pasti akan mencari wanita yang terbaik untuk dijadikan pasangan hidupnya.  Sesekali diperhatikan juga watak dan tingkahlaku.  Ada yang berpacaran sekadar untuk mengisi kekosongan waktu di kala kesunyian.  Sedar atau tidak apa juga tindakan yang dilakukan akan mempengaruhi apa yang akan terjadi pada masa hadapan kita dan juga masa hadapan negara juga.

Dengan itu, jadilah warga yang terbaik untuk negaranya.  Hentikan 'vandalisme' ke atas warga lain.  Hormati hak dan perasaan orang lain dan pasti kita akan mendapat yang terbaik dalam hidup kita.

*-*

Tersasar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

sumber gambar:  Google.com dengan kata kunci fokus dan imej (perlukah dimaklumkan?)
Jangan hilang fokus anda.  Fokus sebenar untuk membuat nota dan siapkan buku kerja serta assignment individu dan kumpulan.
Tetapi... seketika tersasar dari landasan hanya kerana blog ini... memang tak boleh blah... bila ada jer peluang dan ruang nak ambil kesempatan...
Tumpukan kepada titik fokus anda dan sasaran anda
Tewaskah aku...

Tak taulah nak cerita apa, agak-agak lah boring jer baca blog ni... tak best langsung, dok buat cerita tergantung dan sekerat jer... pernah beberapa kali ditegur kerana suka buat cerita tergantung... apa nak buat bukan niat macam tu... dah dok elok menaip tiab-tiba... idea hilang. Masa log in tadi elok jer idea tu berlegar kat kepala 'hotak' ni, tiba-tiba 'dia' pergi singgah pun tak lama...waaa


Semoga aku mampu siapkan dan mencapai sasaran dan matlamat...

Oh blog...

*.*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...