FOLLOWER

16 Oktober 2011

16 Oktober - Hari Makanan Sedunia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Hari Makanan sedunia? ha ah.... tertengok berita di TV1 tadi, memang tak dipromosikan pun.  Mungkin juga kerana kasihan atau simpati kepada insan-insan di serata dunia yang sering tidak cukup makan.  Biarpun kita di Malaysia dikatakan mewah dengan makanan, tetapi harus ingat juga masih ada insan yang tidak mampu menikmati makanan mewah apatah lagi makanan biasa-biasa. 

Pengurus dan Pinggan Makan

Sesekali kita akan terjumpa dengan berita mengenai insan yang tidak mampu mendapatkan makanan yang sempurna.  Tetapi masih ada insan yang sewenang-wenangnya membazir makanan hanya kerana bukan dia yang bayar atau kerana dia dijemput makan.  Simpati... semoga kita tidak tergolong dalam golongan kedua yang mudah melupakan kesusahan insan lain..

Gambar di atas gambar pokok dan bukan gambar makanan walaupun tajuknya berkaitan makanan.  Ini adalah gambaran makanan juga kerana dari pokok jugalah terhasilnya makanan.

apalah yang dimerapukan ini...

Sekian dulu... semoga kita sentiasa ingat kepada insan yang tidak mampu dan menjadikan kita tidak tergolong dalam golongan yang membazir makanan, makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang...

>-<

Ada apa dengan ilmu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Berkongsi lagi tahap-tahap ilmu dan kaitannya dengan kehidupan kita:

Tahapan pertama ilmu adalah diam. Kedua, mendengarkan dan menghafalkan. Ketiga, mengamalkan. Keempat, menyebarluaskan dan mengajarkan.  (Sufyan ats-Tsauri)

Anda kata masih ada orang kedekut ilmu, dia hanya berada di tahap ke tiga itupun sekiranya dia mengamalkankan ilmu yang diperolehinya.

Sekian, semoga bermanfaat dan tidak akan wujud lagi istilah kedekut ilmu. 

Pokok Kesihatan Mental di Poliklinik Dr Azhar Seri Iskandar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Pokok Kesihatan Mental dan kisah di Poliklinik Dr. Azhar di Seri Iskandar adalah kisah lama (ada aku kesah!!).  Tak kisah pun tak per, cuma nak cerita sikit... kisah nih tak ada lah lama sangat cuma beberapa minggu lepas pada bulan lepas.  Macam kos melepas pulak.

Kisah pokok kesihatan mental ini diperolehi ketika membawa Inas Insyirah ke Klinik.  Sementara menunggu doktor tiba, ternampak gambar pokok tu... cantik pula...meh kita tengok gambar pokok ni...

Pokok ini seperti biasa sama seperti pokok-pokok yang lain terdiri daripada akar, batang dan buah (termasuklah ranting dan daun juga).  Setiap satunya (akar, batang dan buah) mempunyai fungsinya yang tersendiri. 

Namun kelainan pada pokok kesihatan mental adalah berkaitan dengan keperluan setiap individu dalam melayari kehidupan yang sihat dan sejahtera.  Antaranya:

Akar, mengandungi:
  1. Kasih sayang
  2. Kejujuran
  3. Kemahiran hidup
  4. Tanggungjawab
  5. Penyayang
  6. Sokongan sosial
  7. Persahabatan
  8. Nilai moral & agama
Batang, mengandungi:  Pemikiran positif

Buah, pula mengandungi:
  1. Harga diri
  2. Tegar diri
  3. Matlamat hidup realistik
  4. Kebahagiaan
  5. Motivasi
  6. Penyelesaian masalah
  7. Keharmonian
  8. Penerimaan
  9. Menangani konflik
  10. Tolak ansur
  11. Komunikasi berkesan
  12. Produktiviti
Setiap satu yang tercatat di atas merupakan aspek yang perlu ada pada diri seseorang.

Untuk perhatian juga, poster Pokok Kesihatan Mental ini dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.  Namun tidak semua klinik mempunyai poster ini.  Bukankah baik sekiranya semua klinik terutama kesihatan (Kerajaan) mempunyai poster sebegini disamping memberi maklumat dapat juga 'penunggu' (pesakit menunggu giliran berjumpa doktor) menghabiskan masa dengan bahan bacaan yang berfaedah ini.

sekian.

' 

Tajuk menipu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Bukan nak ajar buat blog kerana dah ramai blogger dan blog pun dah bertimbun-timbun, terpulang kepada kita untuk membuat pilihan.  Namun sebagai blogger adalah tidak adil dengan membuat tajuk entry dengan tujuan untuk menipu.

Kenapa menipu?  Kan berdosa.  Tidak semestinya pengunjung yang berkunjung ke blog kita kerana nak tahu cerita tetapi ada sebahagiannya kerana nak tahu apa yang ada disebalik tajuk. 

Seboleh-bolehnya elakkan buat tajuk semata-mata kerana nak tarik minat pembaca tetapi isi kandungan langsung tiada makna dan kaitan. 

Antaranya buat tajuk yang ada unsur-unsur lucah atau unsur khianat.  Tidak baik untuk kesihatan.

Cukup dulu...

Sekian...

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...