FOLLOWER

18 November 2011

Yangbaik dan cermin mata

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


sumber gambar:  google.com
Tersebutlah alkisah, Yangbaik pernah juga suatu ketika dahulu ketika tingkatan 4 sebenarnya mula memakai cermin mata.  Ada terasa macam budak cerdik pandai pulak.  Yelah biasanya bila pakai cermin mata dikaitkan denga budak pandai sebab rajin baca buku.  Nak kata Yangbaik ni pandai tidaklah sepandai mana pun dan tidaklah sepandai tupai melompat juga...

Sejarah Yangbaik mula pakai cermin mata bermula kerana sering diserang sakit kepala.  Setelah berjumpa doktor dan atas nasihat doktor juga Yangbaik mula memakai cermin mata. 

Namun tidak lama, setelah tamat SPM Yangbaik mula berhenti memakai cermin mata. Rimas lah... nak pakai contact lens tak pandai, lagi pun masa tu mana ada sangat kat pasaran, kalau ada pun mahal-mahal.



bukan gambaran sebenar.  Sumber gambar dari Google.com
Sekarang ni, umur dah semakin meningkat... penyakit lama ... sakit kepala menyerang lagi. Dah tak lalu nak makan Ponstan (ubat tahan sakit), Panadol pun dah tak berapa nak jalan... So teringatlah la pulak saranan doktor dulu... maka Yangbaik pun buatlah pemeriksaan mata.  Memang tepatlah, mata dah 'season' rabun pun mula menjengah, manakan tidak asyik buat report dan menghadap komputer, tambahan lagi dok buat blog pulak...

Maka kembalilah memakai cermin mata ....

Eh... ada petua tradisional untuk merawat mata... Ada sesiapa nak kongsi pengalaman kat sini... Sila!

%^%

.

Teman yang baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Kita sering terperangkap dengan banyak pilihan.  Namun dalam sedar atau tidak kita juga sering terperangkap dengan pilihan untuk mendapatkan sahabat atau teman yang baik.

Teman atau sahabat yang baik seringkali dikatakan memberi kesan dan impak kepada kita.  Tidak kurang juga sahabat yang tidak baik. 

Bagaimana pula kita nak memilih sahabat atau teman yang baik?

Fikirr-fikirkan...


"Sebaik-baik teman adalah yang berkata kepada temannya, 'Ayo kita berpuasa sebelum kita mati.' Dan seburuk-buruk teman adalah yang berkata kepada temannya, 'Ayo kita makan dan minum sebelum kita mati.'"  (Yahya)

*.*

16 November : Satu tahun yang berlalu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


16 November, merupakan satu tarikh keramat buat Yangbaik.  Tarikh itu menjadi keramat kerana 16 haribulan November merupakan tarikh Yangbaik mula melapor diri tempat baru dengan jawatan baru.

Kejayaan menjawat jawatan baru ini bukanlah sesuatu yang mudah malahan terpaksa melalui jalan yang agak sukar.  Walau apapun Yangbaik mengharapkan akan sentiasa diberi peluang untuk memperbaiki diri.
Sungguh banyak pengalaman suka dan duka yang diharungi sepanjang tempoh satu tahun yang lalu.  Namun pada hari ini 16 November, Yangbaik merasakan masih banyak yang perlu dipelajari dan sempena itu juga Yangbaik mengharapkan akan sentiasa mendapat tunjuk ajar dan bantuan daripada rakan-rakan sejawat mahupun sesiapa saja yang sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar.

Sekian.

Catatan ringkas sempena satu tahun....



*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...