FOLLOWER

7 Disember 2011

Soal hati persis Ombak Rindu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Soal hati.  Apa saja persoalan yang timbul baik berkaitan sikap negatif atau positif adalah berkaitan dengan hati.  Ini adalah kerana setiap manusia dikurniakan hati dan akal untuk memilih mana yang baik atau mana yang buruk.

Tidak dinafikan daya tarikan untuk membuat perkara yang buruk itu memang kuat.  Kekuatannya akan bertambah-tambah lagi bila hati dan akal itu tidak bersatu atau ketika hati lebih kuat menguasai akal.

Namun hati itu juga mempunyai naluri untuk membuat kebajikan dan kebaikan tetapi akan terhalang sekiranya akal itu tidak berfungsi sepenuhnya.

Hati itu ada kalanya dahagakan kebaikan tatkala ombak rindu menghempas pantai keimanan dan bila hati itu bersih.

Lakukanlah kebaikan walau sebesar zarah kerana kebaikan itu tetap memberi kesan kepada hati.

Tetapi hati sering dikotori dengan sifat iri dan kebusukan hati juga akan menguasai pemiliknya bilamana hati itu sendiri tidak dibersihkan atau bila hati itu tidak mampu berinteraksi dengan akalnya untuk berfikir akan perasaan orang lain atau apa akan jadi bila diri sendiri diperlakukan sedemikian rupa oleh orang lain.

Sekadar ingatan untuk diri agar sentiasa positif dengan sikap dan tingkahlaku orang lain dan ingatan juga agar sentiasa memperbaharui niat untuk menjadi insan yang berbudi dan berbakti kepada agama dan negara.

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...