FOLLOWER

22 Disember 2011

Buat baik biar berpada

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Petang tadi atau lebih tepat lewat petang Yangbaik menerima satu pesanan yang rasanya amat mengejutkan dan menghilang segala mood dan perasaan.  Namun sejurus itu Yangbaik terfikir pesanan itu memberi maksud bahawa ada orang yang telah dan mahu berbuat baik serta menolong meringankan tugas di ofis yang berkaitan. 

Seketika Yangbaik merasakan walaupun ia membawa maksud yang baik tetapi kenapa susah untuk diterima kebaikan itu.  Adakah kerana kebaikan itu turut mendatangkan kesusahan? Di mana Yangbaik terpaksa dalam masa yang sama memikirkan kaedah untuk menerima kebaikan itu dengan hati yang terbuka dalam masa yang sukar diramal dan sukar ditentukan kesudahannnya.

Bukanlah bermakna kebaikan itu tidak boleh diterima.  Tetapi ia mengingatkan kepada pepatah lama "Buat Baik Biar Berpada, Buat Jahat Jangan Sekali".  Sungguh tiada kejahatan disebalik kebaikan itu kerana sudah tentu niatnya baik untuk membantu tetapi sukar diterima kerana sebabnya sukar nak digambarkan di sini dan biarlah gambaran itu bersemadi dalam jiwa ini.  Bukan dipendam tetapi untuk dijadikan iktibar.

Kesudahannya tunggu dan lihat apa yang bakal terjadi adakah ia akan menjejaskan prestasi dan reputasi di mata bos atau bisa menerobos dan menjarakkan jalinan persahabatan yang selama ini terjalin.  Sukar dipercayai dan diramal apa yang bakal terjadi kerana peristiwa ini memang tidak pernah terduga akan terjadi atau bakal terjadi lagi... siapa tahu. 

Semoga segalanya berjalan dengan baik dan tiada hati yang terguris luka...  Luka di jari nampak darahnya, luka di hati tak siapa mengerti.

Sekian.


*

Kerja biasa bila biasa boleh juga jadi silap | Kenapa?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



sumber gambar:  google.com


Nak tulis terus terang kat sini bimbang juga bos terjumpa blog nieh dan terbaca pulak.  Tapi Yangbaik tidak pula nyatakan nama sebenar kan?  So tidaklah risau sangat cuma bimbang (macam tak berasas pulak).

Sebenarnya suatu masa Yangbaik suka sangat dengan jawatan setiausaha, dapat catat minit mesyuarat dan dapat buat cerita macam-macam hasil daripada minit mesyuarat.  Selain dari itu dapat mengetahui pandangan dan peribadi ahli mesyuarat secara langsung dan dapat memahami situasi sebenar yang diamali oleh ahli mesyuarat.

Yang jadi tak suka adalah bila jadi urusetia, kena siapkan kelengkapan dan segala keperluan. Tetapi kalau dah tugas memang tak boleh lari lagi yang penting kena hadapi juga.  Dalam tak suka lama-lama jadi suka bila dapat menghafal keperluan mesyuarat melalui senarai semak yang dibuat.

Lama-kelamaan dah jadi perkara biasa menjayakan sesuatu mesyuarat.  Malangnya bila dah biasa boleh jadi tersilap dan terlupa.  Puncanya kerana percaya kepada orang dan kurang persediaan bila berlakunya pertindihan tugas. 

Apa nak buat, tak kan nak kata "ala...kita kan manusia  tak lari dari buat silap".   Tak nak lah jadikan ayat itu sebagai pemanas telinga... sabor dan sentiasa beringat-ingat dan yang perlu ada support group yang baik dan mampu memberi bantuan segera bila diperlukan.

Secebis kenangan.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...