FOLLOWER

28 Julai 2012

Kerisi goreng bersos tomato

As salam,



Bila bercakap mengenai resepi dan menu makan memang tak kan habis.  Ada saja yang nak diceritakan walaupun masakannya ringkas dan mudah.  Namun tidak semua kita berkesempatan dan berpeluang memasak makanan yang ringkas seringkas ikan kerisi goreng bersos tomato.

Bagi @yangbaik hanya hari Sabtu dan Ahad sahaja berpeluang sepenuhnya untuk memasak istimewa sikit bagi berbuka puasa dan bersahur untuk keluarga.  Pada hari bekerja, kebiasaannya lauk ringkas dan kueh pun tengok mood kalau rasa nak beli beli yang manis sikit kalau tak makan jer apa yang ada nasi dan lauk pun sudah cukup dan disulam dengan 'air hijau' atau sirap buatan sendiri.  Senang jer. 
Berbalik kepada tajuk cerita, di sini diperturunkan resepi untuk dikongsikan bersama iaitu menu berbuka puasa hari ini dan mungkin juga akan sampai sahur pagi esok.

Bahan-bahan
4 ekor ikan kerisi di goreng
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 labu bawang besar - hiris bulat
1 biji cili merah - hiris halus
1 tangkai daun bawang - hiris
1 tangkai daun sup - hiris
minyak untuk menumis
sedikit garam
1/2 cawan sos tomato
1/4 cawan sos cili
1/2 cawan air

Cara membuat:
1.  Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan, masukkan sos tomato dan sos cili gaul rata.
2.  Masukkan 1/2 cawan air dan garam biar hingga mendidih.
3.  Masukkan ikan cili merah dan bawang besar diikuti dengan ikan kerisi, gaul hingga rata dan angkat untuk dihidangkan.
4.  Tabur hirisan daun sup dan daun bawang.  Siap

Mudah saja.  Selamat mencuba!


"suka duka pentas dunia"

*-*

Mana hilangnya

As salam,



Mana hilangnya seri wajah
hanya kerana juwita lebih jelita
atau kerana hilangnya aura seri
ambillah wuduk solatlah
kata ulama' seri wajah ada pada wuduk

mana hilangnya sabar
hanya kerana kesakitan atau kemarahan
sabar hilang melayang tidak bertali
kata ulama' ambillah wuduk sebagai ubat

mana hilangnya sayang
hanya kerana juwita tersalah jalan
bukan kerana tersalah pilih laluan
tetapi malang menimpa
hingga hilangnya pertimbangan
lalu... hilangnya sayang
kenanglah masa bahagia mu walau seketika
itu semua cukup pengubat sayang
semoga sayang kembali bertamu
bermukim di sudut sanubari
secebis rindu pengubat lara

Mana hilangnya simpati
hanya kerana kesilapan secebis cuba
hujan sehari hilang jejak setahun
pulih semula ingatan yang hilang
ambil iktibar dari pengalaman
tiada yang kekal tiada yang abadi
kelak semua akan ke sana
simpati bukan kerana benci
simpati tersimpan di lubuk hati
galilah ia secekal juwita
cabaran mendatang tak siapa menduga.



langit tidak selalu cerah
mendung tiba membawa cerita
sang hujan bakal tiba membasahkan bumi
untuk seketika biarkan mendung itu
kerna langit tidak selalunya cerah

bersabar walau seketika
lebih bererti dari murka


"suka duka pentas dunia"

^-^

.


Cabaran membeli kueh raya 2012

As salam,


Jika tidak silap ingatan, 2 atau 3 minggu sebelum menjelang Ramadan, kita telah disajikan dengan pelbagai jenis kueh raya.  Ada yang sediakan sample untuk dibuat pilihan dan ada juga sekadar bualan.  Memang tercabar untuk membuat pilihan ini adalah kerana rasa kueh raya memang semuanya sedap dan manis-manis belaka.  Awas!

Tidak kurang juga kueh tradisional.  Memang menjadi persaingan antara kueh moden dan tradisional.  Bagi sesetengah orang 'retro' sudah tentu kueh tradisional menjadi pilihan.

??????

Apa lagi yang nak ditulis bila notebook ini asyik hang jer.  Hilang lenyap idea sekejap.

Subjektif bukan menu harian

As salam


gambar ini memang subjektif kerana ia diambil dari promo AVIRA yang akan muncul setiap kali bila notebook ini di 'on


Gambar di atas langsung tidak memberi gambaran mengenai jalan cerita ini.

Cerita ini bermula apabila subjektif telah tertinggal handphone  di rumah secara tidak sengaja pada hari bekerja.  Pesanan telah ditinggalkan kepada Predikat mengenai perkara yang yang terjadi.  Harapan subjektif adalah predikat tidak akan naik angin hanya kerana kesilapan yan tidak disengajakannya itu.

Predikat sebenarnya telah mengetahui akan kejadian yang berlaku.  Tetapi entah di mana silapnya kerana gangguan sekeliling yang tiba secara tidak disangka.  Semuanya menjadi subjektif.

Diringkaskan cerita haruskah subjektif berdukacita atas kejadian yang menimpa atau membiarkan saja peristiwa itu berlalu pergi meninggalkan sejarah.


Atau,
andai ianya semuanya subjektif
mengapa pula predikat
adakah predikat tidak akan menjadi subjektif


Semuanya subjektif
Subjektif adalah subjektif
Predikat tetap predikat


"suka duka pentas dunia"


(6-6)
~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...