FOLLOWER

17 Ogos 2012

Keheningan menjelang Syawal

As salam


Menyelusuri Ramadan kian ke penghujungnya
Sungguh terasa sepinya Ramadan disulami keriuhan kicauan unggas
Adakah bersedih dengan penghujung Ramadan atau juga gembira menyambut kemuliaan Syawal
Hanya mereka yang mengerti apa yang sebenarnya berlaku
Dan.... kita di sini hanyalah pemerhati kehormat dan penunggu setia bagi setiap peristiwa

Nun... di sana di kejauhan kelihatan kelibat Pak Tua mengais helaian daun yang berguguran di tepi laluan nan luas mata memandang
Tersentak dan tersedar betapa luasnya pemandangan kerana dulu terlindung dek keriuhan dan sekumpulan graduan melintas
Siapa tahu apa yang terbuku di hati Pak Tua itu
Sambil tangannya menguis dedauan bersama lidi tua yang kian mereput
apakah persiapan menghadapi Syawal sudah tercapai atau bakal terlaksana seketika nanti
atau sekadar sesuap lemang bersama sekaya tanpa rendang rusa atau rendang itik buat pengalas perut di pagi Syawal nan mulia

Di kejauhan sana kelihatan jentera besar tersadai di pinggir jalan
Betapa mulianya Syawal... semua jentera disimpan rapi bagi memberi laluan memudahkan urusan insan

Dan... di sini layakkah kita terus mencari kesalahan tanpa rasa sedar akan kemuliaan Syawal?

Sunyi

Senyap

Sepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...