FOLLOWER

8 September 2012

Sudah 20 bulan sekarang : Perkembangan anak-anak

As salam,

Ingat tak lagi budak kecil ni... Inas Insyirah si jari runcing aka nenek tak tua yang suka berjaga malam.  Setahun yang lepas, kebetulan pula tarikh yang sama bawa Inas ke Klinik Desa di Felcra Nasaruddin tetapi hari ini pada tarikh yang sama (8/9/2012) hari Sabtu la pulak... lepak2 di rumah.  Semakin panjang akalnya.  Kalau dulu mau jer tengok lensa kat kamera ni... sekarang dah lain.  Bila ajak bergambar jarang-jarang sangat nak tengok kamera selalu jer pandang ke lain tak pun buat tak pandang. 

Meh kita tengok pulak gambarnya yang terkini.


Inilah gambar terbarunya pada hari ini.  Dah dipanggil pun buat tak tau, tadi tengok jer kamera ni tapi bila nak snap tiba2 jer buat-buat tengok tv.  Agaknya dah jemu tengok lensa kamera kot. 



Bersama abang besar (Alif) yang sebok sama nak bergambar dengan adiknya.  Macam-macam gaya dibuat, adik wat tak kesah jer... tengok tu...mana lah dipandangnya. 



Bersama kakaknya si diena huda.  Kakak siap posing bagai lagi... tapi adiknya entah ke mana jer... jenuh jugaklah nak adjust kamera ni... dapat sisi pun jadilah...

sekarang ni mereka semua dah semakin pintar... huhuhu... memang pintar yang amat.  Kalau bermain memang tak nak kalah.  Seorang diam, seorang lagi datang mengusik.... sekejap lagi salah seorang start enjin... heeee... itulah kerenah anak-anak.  Buat masa ni Inas steady jer, tak de lah kesah sangat dengan tindakan abang dan kakaknya... lebih kepada pemerhati jer... Tapi bila Inas yang meragam habis kakak dan abangnya diam... bagi giliran kot.

anak-anak permata hati, penyejuk jiwa, penenang ketika gelisah.


'suka duka pentas dunia'


.

Hujung Minggu tak ramai pengunjung

As salam,


Hujung minggu adalah hari untuk beristirehat atau beriadah bersama keluarga.  Jadi tak ramai yang ada masa untuk blogwalking atau bersosial di laman web.  Sementelahan kehangatan Syawal masih lagi terasa.  Sesiapa yang jadi tuan rumah sibuk dengan segala macam persiapan sementera penerima jemputan pula sibuk memenuhi undangan rumah terbuka.  So... masa untuk melawat blog juga di pinggirkan.

Ewahh... terperasan ke bersedih nie?  Kalau blog picisan macam ni memang lah dah tentu tak ramai yang berkunjung walaupun sentiasa diupdate. Tetapi itu semua bukan alasan untuk tidak berblog. 


@Yangbaik sendiri pun sebenarnya ada menerima undangan rumah terbuka sempena Syawal.  Rumah ofis-mate ada dua tak termasuk lagi rumah terbuka yang dianjurkan oleh pemilik PASTI.  Tak dapat nak pergi sebab encik suami kerja.  Kalau encik suami kerja memang @yangbaik 'patah kaki' ... tinggal di rumah sajew dengan anak-anak sambil melayan kerena mereka melukis, menonton CD dan juga aktviti mengemas rumah.

Kepada kawan-kawan yang terbaca blog ini (ada ker?), mohon maaflah tak dapat hadir ke majlis kalian.  Bukan tak sudi tetapi seperti yang dinyatakan di atas... 'patah kaki' youuuu.

Oh ya, kepada pengunjung yang sudi hadir ke blog ini terima kasih daun keladi, jika sudi datanglah lagi


'suka duka pentas dunia'

Kueh cara berlauk bukan anak rusa nani

As salam



Tiba-tiba la pulak teringin nak makan kueh cara.  Tak ingat tengok iklan apa kah yang menyebab keinginan itu datang membuak-buak.  Dah lama sangat tak buat kueh cara.  Setiap kali buka kabinet dapur terlihat acuan kueh cara tak pula terasa nak buat.  Teringat juga bulan puasa lepas beli kueh cara manis untuk berbuka ... tapi rasanya kurang memuaskan.  Mulalah rasa baik buat sendiri jer kalau tak sedap pun memang air tangan sendiri tetapi bila beli... rasanya tak sedap dan kurang memuaskan memang tak puas hati.  Malam tadi minta tolong encik suami belikan tepung gandum.  Encik suami memang tak berapa suka nak susahkan orang rumahnya tambah bila dah sarat macam ni.  Katanya 'kesian' kena buat kerja rumah dah lah kat ofispun banyak kerja.  Tak per lah bang... kerja tetap kerja tetapi bab makan bila dah nak buat kena buat ler... nanti meleleh plak air liur.

Panjang lebar pula ceritanya.  Berbalik kepada cerita kueh cara berlauk... bangun pagi ingat nak buat lauk sardin jer tapi dah daging rusa balance bulan puasa hari tu ada sikit lagi... buat lauk daging rusa pulak lah... lain sikit kan.  Jom kita layan resepinya.

Bahan untuk kueh:
2 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk santan
3 mangkuk air
secubit garam (secukup rasa sebenarnya)
serbuk kunyit

cara buat:  yangbaik bukan derhaka yer tetapi saja nak cuba.  Semua bahan di atas dimasukkan dalam blender (hadiah kahwin. hehehe) dan blend sampai sebati... senang kan? lepas blend masukkan dalam besen atau jug kecil untuk mudah tuang ke dalam acuan.

setelah lauk siap. panaskan acuan sapu minyak sebaiknya guna daun pandan yang diikat.  setelah acuan benar-benar panas tuang bancuhan kueh dan diikuti dengan lauk. tutup acuan.

kueh akan mudah dikeluarkan dari acuan sekiranya ia telah masak.

Bahan untuk lauk:
1 mangkuk daging rusa di cincang halus
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji kentang (sederhana) dipotong dadu kecil - jika suka boleh tukar dengan karot
1 sudu besar rempah kari daging
garam
air
minyak untuk menumis

cara membuat:
1.  panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih.
2.  masukkan rempah kari, tumis hingga naik bau.
3.  masukkan daging rusa dan ubi kentang, gaul hingga sebati dan biarkan sehingga air daging kering.
4.  masukkan air ~ anggaran 3 cawan, diikuti dengan garam. 
5.  masak sehingga daging dan ubi kentang empuk.  angkat




'suka duka pentas dunia'

Tiada yang sukar andai itu kehendaknya

As salam
Akhlak yang paling mulia adalah menyapa mereka yang memutus silaturahim, memberi kepada yang kikir terhadapmu, dan memaafkan mereka yang menyalahimu.

(HR Ibnu Majah)
gambar ini sungguh tiada kaitan dengan tajuk atau cerita di atas.  Maksudnya gambar ini sekadar hiasan.



Kenapa susah nak tidur

As salam


Susah sangat ke nak tidur?
Tak susahlah, ambil bantal letak kepala sambil menonton tv, sat lagi tidur le
Tak juga, dah tengok tv macam mana nak lelap mata
Boleh jer... kalau tidak tak der lah istilah tv tengok orang tidur.... hahhaha

Habis macam aku ni... sampai sekarang tak tidur lagi macam mana pulak
Ala tak susah... senang jer
Nko kata senang tapi yang nko tak tidur lagi kenapa?
Eh ... aku tak nak tidur lagi laaaa...
Nko buat apa tak tidur lagi nieh...
Ni ha... tengak menaip
Ehhh... sama la kita...
Apa yang samanya
Sama lah... nko menaip aku baca....

Hahahahha

Biul per ....

'suka duka pentas dunia'


.

Resipi cinta mengelak retak menanti belah

As salam,


Pecah menanti sebab, retak menanti belah.  Peribahasa berkenaan menggambarkan sesuatu yang pasti terjadi.  Walaupun begitu tidak semestinya retak itu akan terbelah.  Apa pun yang terjadi berpunca juga dari kebijaksanaan seseorang dalam menangani masalah atau sesuatu situasi.

Apa yang penting dalam mengharungi kehidupan adalah kesabaran dan kesediaan menerima kekurangan orang lain serta menerima apa juga teguran dengan berlapang dada serta bersedia berubah.  Berat tu... Memang berat dan sukar kan?  Tetapi percayalah dalam keberatan dan kesukaran itu kita akan temui kebahagiaan yang kita sendiri kadang-kadang sukar fahami.


Resepi cinta ini tidaklah semanis kurma atau sehebat cinta bidadari namun ramuannya sedikit sebanyak boleh juga membantu melegakan kepanasan dalam hidup berumahtangga. 

Antara ramuan utama adalah kesabaran dan kesetiaan serta rasa hormat kepada pasangan tanpa mengira pangkat atau darjat.  Selain dari itu tidak kurang penting adalah keimanan dan ketakwaan kepada Pencipta dan RasulNya mampu menghilangan rasa marah yang membuak-buak dan meredakan kepanasan hati.

Tips yang tidak kurang penting adalah, setiap kali keluar atau pulang ke rumah berilah salam kepada ahli keluarga atau penghuni yang ada di dalam rumah kita. Ramuan ini jarang digunakan namun ia turut menyumbang kepada kemanisan dalam berumahtangga.

Sedikit kepahitan seperti kekurangan pasangan dapat diatasi dengan bersedia menerima kekurangannya disamping muhasabah diri bahawa kita sendiri juga punya kekurangan dan kekurangan itu sepatutnya dapat diatasi dengan saling bantu membantu dalam menghadapi kesukaran.

Gurau senda serta manisnya kenangan lalu sepatutnya dijadikan sandaran ketika rasa keciwa mula menjelma.

Semoga dengan resepi yang tidak seberapanya ini mampu melengkapi menu kehidupan harian.






'suka duka pentas dunia'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...