FOLLOWER

29 November 2012

Antara kesusahan mendapatkan Ilmu

As salam,




Mencari ilmu adalah satu tuntutan kerana dengan  ilmu dapat meningkatkan darjat seseorang.  Namun, ilmu itu tidak berguna sekiranya digunakan pada jalan yang salah dan ilmu itu sendiri adalah ilmu yang salah...

Yangbaik teringat rungutan dari beberapa orang yang sedang belajar secara jarak jauh iaitu belajar sambil bekerja.  Macam-macam rungutan ada yang mengatakan masalah sukar menyiapkan tugasan diberikan oleh pensyarah kerana kekangan tugas hakiki dan tak kurang juga tidak sempat membaca atau menelaah pelajaran kerana kesibukan bekerja dan masalah keluarga. 

Memang simpati, namun di mana ada kemahuan di situ ada jalannya.  Insya Allah jalan menuju kebaikan  akan mendapat bantuan dan pertolongan Allah asalkan kita berbuat baik dan tidak menyusahkan orang lain. 

Dan, yang penting sekali perlu ikhlas dalam setiap tindakan serta tidak memutuskan hubungan dengan Allah, sentiasa bertahajud meminta bantuan dan pertolongan Allah bagi memudahkan segala urusan.

Teringat lagi (sampai kapan pun) pesanan ustaz pada hari pertama kuliah ketika belajar Diploma Pentadbiran Awam.  Pesanan beliau antara lain orang yang menuntut ilmu adalah pejuang dan sama taraf dengan orang yang berjuang, memang banyak halangan dan rintangan kerana itulah siapa yang menuntut ilmu itu mati dianggap mati syahid andainya ia mati ketika tujuan menuntut ilmu.  Memang banyak halangan dan pahalanya juga banyak...

Namun difahamkan juga sesuatu itu diturunkan tidak lama, seperti yang dinyatakan oleh Abu Darda':-

Tuntutlah ilmu sebelum ilmu itu diangkat. Ilmu diangkat dengan meninggalnya para ulama. Orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu memiliki kedudukan yang sama dalam hal pahala. Sesungguhnya manusia itu hanya ada dua, orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu. Dan tidak ada kebaikan pada diri manusia yang selainnya.

(Abu Darda')
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...