FOLLOWER

16 Disember 2012

Semuanya kerana di hujung jari

As salam,


Banyak benda sekarang ni berada di hujung jari.  Mesyuarat di hujung jari (bukan lagi sekadar mesyuarat tingkap), Cinta juga dihujung jari dan buat ayat dan cari apa-apa pun semuanya di hujung jari.

Buka jer laptop bukan lagi sekadar pc tetapi lebih canggih lagi iPad atau iPhone semua maklumat di hujung jari atau dihujung 'stick'.

Cari saja maklumat yang diingini dengan hujung jari.  Cari jer di Google, Yahoo, Bing atau Avira dan macam-macam lagi ejen carian.  Taip jer apa yang nak dicari ... dan keluarlah keputusan sama ada imej atau laman web. 

Senang jer.


Buatlah ayat apa sahaja hatta sepanjang karangan pun boleh jumpa dan antaranya korang akan jumpa di sini... betul tak.  Taulah... ada yang singgah kat blog picisan ini sekadar terjumpa semasa cari kat google atai avira... tapi kena ke tidak dengan apa yang dicari... kalau tak kena dengan apa yang dicari... dah pi cari semula.


'suka duka pentas dunia'

Alas Meja Sisi

As salam,


Antara hobi masa lapang yang telah lama terbiar adalah mengait.  Dan sekarang dalam masa cuti panjang, sempat lah juga menyiaapkan alas meja sisi sebanyak 2 set.  Dah siap terus letak atas meja, apalagi anak-anak pun terbelek-belek... tak pernah jumpa.  "Wow!  cantik lah, ummi buat yer? Nanti Ummi buat lagi yer?  Ummi pun "okey".  Dalam hati ini... ha ah la... bila lagi ummi ada masa nak belek semua nie?..

Dikait menggunakan benang Minlon nombor berapa tak ingat sebab kertas pembalutnya dah terbuang dan benang ni dah lama tersimpan dalam kotak bawah katil.  Benang ni pun beli sebelum kelahiran anak pertama lagi... kira-kira 10 tahun lepas.  Ha ... panjang jer cerita sejarah benang ni kan?.

Designnya diperolehi dari kedai fotostat di Kampung Gajah, kebetulan nak beli benang ternampak kertas design ni atas mesin fotostatnya... apa lagi minta izinlah... Kebetulan pemilik kedai berkenaan memang mempunyai minat yang sama ... suka lah...


Dah tak ingat pesan orang tua-tua, dalam pantang tak boleh menjahit.  Tapi ...projek ni mula lepas 44 hari kira dah habis pantang cuma cuti jer belum tamat lagi.

Bila dah mula kerja nanti... tak tau lah ada masa ke tidak nak menyiapkan satu lagi projek... yang belum siap. Ada juga...

oh! kerja pulak....


Kebaikan menghapus Keburukan

As salam,



sumber - tidak diketahui


Apa pendapat Anda bila ada seseorang yang pakaiannya terkena air kencing, lalu ia hendak mensucikannya dengan air kencing pula? Mungkinkah air kencing itu dapat mensucikannya? Tentu saja tidak! Kotoran tidak dapat disucikan kecuali dengan sesuatu yang suci. Begitu pula halnya keburukan yang pernah kita lakukan, tidak akan dapat terhapus kecuali dengan memperbanyak melakukan kebaikan.

(Sufyan ats-Tsauri)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...