FOLLOWER

21 Disember 2012

Bloglist Setahun Dari ciklaili.com

As salam,


Tidak mudah untuk masuk dalam bloglist blogger hebat seperti Cik Laili.  Tambahan pula dengan jumlah trafik yang masuk ke blognya melebihi 5k setiap hari.  Sudah tentu pengunjung yang begitu bersemangat mahu dapatkan maklumat berkaitan beberapa panduan seperti Panduan Pelajar, Guru dan Ibu Bapa serta Panduan Kehamilan dan banyak lagi. 


Sungguh bertuah sekali kerana mulai 1 Disember 2012, Cik Laili berbesar hati untuk membuka senarai bloglist dan ia akan kekal di blog ini selama setahun (hingga 31 Disember 2013).  Tujuan bloglist ini dibuka adalah untuk memberi peluang promosi blog di blog ciklaili.com disamping berkenal-kenalan dengan blogger lain.  Dengan itu jugalah blog yangbaik dengan ini menadah nyiru menyambut baik tujuan murni Cik Laili. 

Ikuti seterusnya catatan bagi memenuhi syarat menyertai Bloglist Setahun Dari ciklaili.com


Blog yangbaik antara lain lebih berkisar kepada kisah suka duka kehidupan seorang blogger wanita yang berstatus ibu kepada 4 orang cahaya mata, seorang isteri dan juga pekerja. Mengapa nama blog yangbaik?  Nama berkenaan dipinjamkan daripada encik suami dan setelah mendapat keizinannya maka termeterailah nama blog yangbaik. 



Di dalam blog ini juga terkandung kisah keluarga terutama anak-anak seramai 4 orang.  Hanya gambar anak-anak yang sering menghias laman blog ini.  Gambar umi dan ayahnya... belum lagi dapat disiarkan sebagai menghormati encik suami yang belum bersedia untuk dikenali.


Selain daripada kisah kehidupan sendiri, kekosongan cerita di blog ini turut diisi dengan mutiara kata, kehidupan insan dan makhluk sekitar (flora dan fauna) serta giveaway dan contest.  Sesekali ada juga tercatat di sini cerita berkaitan pendapat, pandangan dan kritikan yangbaik terhadap sesuatu isu dan juga perasaan mengenai sesuatu kejadian yang lazimnya masa, tempat dan nama dirahsiakan (untuk tidak mengaibkan).



Sungguh bertuah juga dengan lahirnya blog ini secara tidak langsung dapat mengasah bakat dalam bidang penulisan yang sesekali menyimpan monolog spontan berkisar kehidupan insan.


Bab nak bagi cadangan penambahbaikan untuk blog orang terutama ciklaili.com memang tidak berapa disukai.  Maklum sajalah pengalaman dan pengetahuan yangbaik dalam dunia blogging tidaklah hebat malahan tidak setanding blog ciklaili.com.

Walaupun demikian yangbaik ingin mencadagkan ciklaili.com meletakkan arkib catatan.  Ini adalah kerana agak sukar juga menjejaki catatan yang pernah dibuat oleh ciklaili.com melainkan apa yang tercatat pada 'Entri Terkini' dan beberapa 'Panduan' yang terletak di sisi.

Akhirnya saya suka dengan entry 7 Tanda Si Kecil Sayangkan Anda.


Maklumat Tambahan:

ciklaili.com adalah salah seorang penaja “My Happy Moments Contestanjuran eyriqazz.com

Lepas ni nak buat entry untuk  “My Happy Moments Contest“.  Nak cari idea baru pula.

Perumpamaan Hati Manusia

As salam,




Hati manusia itu ada tiga macam :
(1) Hati laksana gunung yang tidak bisa disingkirkan oleh apa pun;
(2) Hati laksana pohon kurma yang memiliki batang pohon yang kokoh tetapi angin membuatnya melambai-lambai; dan
(3) Hati laksana laksana bulu yang condong bersama angin ke kanan dan ke kiri.
(Sirri as-Saqthi)


Kesimpulan:
Jaga dan pelihara hati kita dari titik hitam  agar tidak merebak hingga membuahkan barah yang parah dan payah dipulihkan.

Sebelum terlambat sentiasa periksa hati kita iaitu dengan bermuhasabah dan memeriksa kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan pada hari ini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...