FOLLOWER

29 Disember 2012

Ada Apa Dengan Tahun 2013

As salam,


Masih terlalu awalkah untuk bercerita mengenai sesuatu yang bakal berlaku pada tahun 2013?  Sudah tentu tidak.  Di mana-mana sahaja di kedai buku telah pun ada kalendar 2013 seperti kalendar meja, planner, management diary, diari muslimah dan yang paling popular adalah kalendar kuda.

Pada tahun 2013, anak pertama baru masuk darjah satu, anak kedua berusia 6 tahun dan akan sambung lagi sesi pengajian di PASTI, anak ketiga pula baru mencecah umur 2 tahun dan anak ke-4 pula akan berusia 1 tahun.

Pada tahun itu juga rumah baru akan siap, Insaa Allah.  Pada asalnya dijangka siap pada hujung tahun 2012 iaitu bulan sekarang (Disember).  Seperti biasa kita mampu merancang Tuhan yang menentukan.  Ada hikmah yang kita tidak ketahui.  Lambat siap bermakna lambatlah potong gaji bermakna juga sempat lagi kumpul duit.

Semoga perancangan dan tekad 2013 terlaksana.


Kepulangan yang dinanti

As salam,



Pintu pagar itu haruslah sentiasa ditutup, paling tidak dikunci untuk keselamatan penghuni di dalam rumah terutama anak-anak.  Memang menjadi pantang mereka kalau terlihat pintu pagar terbuka terus saja keluar melulu.  Bahaya!

Sementara menunggu ayah pulang dari kerja main dulu di dalam kawasan berpagar bukan di luar sana.

Bila ayah dah pulang sama-sama jerit kuat-kuat ajak ayah naik motor jalan-jalan pusing taman.  Kalau hujan... nan hado atau pun bawa naik kereta.

Itulah aktiviti seharian anak-anak dan juga ayah yang penyayang lagi penyabar.


Bermalasan

As salam,



Agaknya sesuai ke makan bubur biji nangka petang ni... walaupun masih awal, tetapi sebabkan tajuknya bermalasan maka dengan sendirinya keluar juga entry ni... walaupun sepatutnya bukan sekarang.

Betul la... sesekali rasa hilang mood dengan kerenah anak-anak.

Bosan tahap gaban pun ada bila asyik dok terjumpa keywords 'budak lelaki korea' jer...

Kelengkapan sekolah tak habis beli lagi... jom shopping.

No data

As salam,


Tak sempat nak tengok tiba-tiba dah tiada data.  Adakah ianya untuk sementara, sekejap, lama atau selama-lamanya?...Tunggu dan lihat sudah...



Rank di Alexa ... tiada.  No data.  Agak-agak lah kan Rank naik mendadak kot sampai Alexa tak sempat nak letak data.  Heh... kalau rank naik tak per lah... dibuatnya rank jatuh menjunam sampaikan Alexa tak tau nak letak no apa... alfa or infiniti...

apa-apa saja...

Ketetapan dan ketentuan

As salam,





 
Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian, sakit dan sehat (bagi setiap hamba-Nya). Barang siapa mendustakan takdir maka sesungguhnya ia telah mendustakan al-Qur'an. Dan barang siapa mendustakan al-Qur'an, maka sesungguhnya ia telah mendustakan Allah.
(al-Hasan, saat menjelang kematiannya)
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...