FOLLOWER

19 Februari 2013

Ada apa dengan Suara Hati

As salam,




Ada apa dengan suara hati?

(i)
Suara hati itu tempatnya jauh di lubuk hati
bersemadi di dasar hati yang paling dalam
sukar didengar atau difahami oleh insan
dan juga pemiliknya sendiri

(ii)
Suara hati itu memang sukar dimengertikan
melainkan ia diluahkan dengan jelas dan didengar secara zahir

(iii)
Suara hati itu kadang-kadang sukar diluahkan
kerana menghormati insan yang lebih tinggi darjatnya didunia
kerana juga menghormati diri sendiri
juga kerana menghormati harga diri dan maruah diri sendiri



(iv)
Suara hati akhirnya dibiarkan bertapa di lubuk sana
sehingga akhirnya meledak dan meletus membakar seluruh sukma
parah juga menimpa
melarat jua ke hujung nestapa
bisakah ia dizahirkan?
hanya jiwa itu kiranya punya kekuatan yang jitu
lantas siapa lagi yang mampu bersuara andai suara itu terbendung di lubuk sana? 

(iv)
Suara hati insan ini lebih mulia bila mana diadukan kepada Yang Maha Esa
kerana sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang tersembunyi di dasar hati hatta sebesar zarah sekalipun

(v)
Suara hati ini seumpama mewakili suara hati awak, dia, kamu, mereka dan dia juga
walaupun sebenarnya dan pada hakikat yang hakiki di dunia fana ini hati itu tidak bisa bersuara
melainkan dikeluarkan bunyinya yang mendayu pilu oleh salah satu daripada anggota yang lima


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...