FOLLOWER

18 Februari 2013

Corak | Ada apa dengan Bayu Cinta Luna

As salam,

Hari ini, tidak mungkin bersempena dengan hari mengingati kekasih atau 'Valentine Day' tetapi dengan sengaja aye siarkan gambar corak atau design dari koleksi peribadi bertemakan cinta.  Susahlah macam ni, kalau tidak boleh nak buat corak cinta jika corak ini dikaitkan bersempena dengan hari 'itu'.  

Corak-corak ini adalah hasil kerja tangan aye sendiri dan sekiranya ada Rakan Blogger yang hendak jadikannya sebagai latar belakang untuk blog atau sebagai wallpaper di screen pc boleh saja... ambillah.  Cuma sebaiknya dimaklumkan di ruangan komen/ulasan.  Paling tidak aye tahu ada orang yang sudi menerima hasil kerja tangan aye yang tidak seberapanya ini.  




abstrak cinta



garisan cinta merah jambu

asyiknya cinta

tegarnya cinta

gelombang cinta luna

abstrak cinta bayu

abstrak cinta luna

Memang dengan sengaja letak nama Luna dan Bayu.  Kerana walaupun sinetron Bayu Cinta Luna (BCL) adalah rekaan semata-mata tetapi pada amatan aye kisahnya adalah berkisar kehidupan kita.  Bezanya kehidupan kita di alam normal ini tidaklah seperti itu tetapi kegigihan dan kekuatan semangat patut dicontohi. 

Kita, insan normal ini dikurniakan akal untuk berfikir mana yang baik dan tidak.  Sedikit sebanyak memberi peringatan kepada kita agar tidak cepat membuat keputusan atau tidak pula cepat terpengaruh dengan dakyah dan muslihat orang sekeliling.  Kita juga seharusnya tidak mudah terpesona dengan kemewahan hidup sehingga membawa kita kepada jalan-jalan yang sukar.

Beza juga dalam sinetron ini tidak kelihatan sehingga saat ini pendokong wataknya mendirikan solat atau berdoa.  Hanya kelihatan kebanyakannya berpakaian agak terdedah dan sesekali tidak sesuai ditonton seisi keluarga bersama anak-anak kecil. Sayang sekali.

Apa pun itu sekadar rekaan barangkali.  Semoga tidaklah terjadi seumpamanya dalam dunia nyata ini.




2 ulasan:

  1. cantiknya corak2 love tu!
    saya pun tgk cite BCL tu.
    bnyk pengajaran di situ :)

    BalasPadam
  2. mungkin boleh jugak buat corak baju kot...heee

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...