FOLLOWER

21 Februari 2013

Entah!

As salam


Permulaan hidup kita setiap hari biasanya dimulakan di awal pagi dengan semangat yang baru untuk hari berkenaan.  Bila mana awal pagi itu dimulakan dengan baik dan tersusun serta teratur, makanya kita merasakan bahawa hati itu akan sempurna.


Antara sedar atau tidak adakah kita perhatikan bahawa perjalanan hidup kita ini sama ada suka atau tidak, ianya telah ditentukan.  Terpulang kepada kita bagaimana nak atasi situasi yang kita hadapi dengan penuh keberanian dan semangat.

Hanya sesekali kita mungkin tidak perasaan bahawa apa yang kita suka tidak semestinya kita dapat.  Tetapi jika dah memang kita suka sangat... banyaklah berdoa agar kita perolehi apa yang kita hajati.

Selebihnya berserah diri dan tawakkal agar kita beroleh keamanan dan kebahagian dalam setiap apa yang kita tempuhi.

Mood tak berapa nak stabil... tetapi dalam proses menyejatkan saki baki ketidaksukaan agar segera kering dan menjauh... semoga kebahagian sentiasa di sisi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...