FOLLOWER

3 Mac 2013

Ada aku kesah

As salam,




(i)
Ada aku kesah
apa awak buat bukan urusan saya
apa awak buat jangan ganggu saya
apa awak buat bukan kehendak saya
apa awak buat tiada kaitan dengan saya

(ii)
Awak tak kesah tak apa
tapi saya kesah
saya kesah bila awak susah
saya akan kesah juga bila awak tiada di sini
saya juga akan kesah bila awak gelisah
saya turut kesah bila awak resah
saya akan berkesah bila awak takut
saya kesah juga bila awak kurang sihat
saya kesah bila awak tidak hadir

(iii)
Mengapa aku kesah
aku kesah kerana aku simpati
aku kesah kerana aku ada naluri
aku kesah kerana aku suka apa yang awak buat
aku kesah kerana sekalipun urusan ini tiada kaitan tetapi tetap bermakna
aku juga kesah kerana pertalian kita tidak akan putus
sampai bilapun kita akan saling memerlukan
aku kesah juga kerana apapun yang terjadi pasti berkait antara satu sama lain
dan yang pasti sekali
aku kesah.... kerana aku sayang kamu...
sehingga saat ini andai aku kesah bukan kerana aku suka menyibuk
tetapi aku kesah kerana aku ada perasaan
maafkan aku andai apa yang aku kesahkan ini menyinggung hati dan perasaan kalian....


suka duka pentas dunia




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...