FOLLOWER

3 Mac 2013

Aksi 4 beradik semasa cuti hujung minggu

As salam,


Hari ni cuti sekolah, hanya cuti hujung minggu saja belum lagi cuti penggal.  Seperti biasalah di rumah ni bila dah berkumpul semua adik beradik... rumah pun macam tongkang pecah, dah kemas kat bilik selerak kat depan... sudahnya adik juga yang jadi mangsa.




Hasil kerjatangan kakak yang berdua.  Eh... gambar ni blur pulak.  Yang penting bukan mereka sebagai subjek utama tetapi yang kecil itu yang menjadi mangsa kegembiraan kakaknya yang berdua.  Dapat bakul simpanan permainan yang tersimpan dalam bilik.  Tidak tersorokpun sebab memang itu permainan mereka berdua.  Tetapi dengan sukajiwa mereka berdua, patung-patung permainan itu dicurahkan atas adik... nasib baik tak lemas.  Kakak! Kakak!



Si adik pada mulanya memang nampak gembira sebab ada kakak dan abang tempat bermain, tidaklah kesunyian.



Akhirnya si adik yang tidak tahu apa-apa menjadi mangsa.  Entah macam mana nak kenal ni?  Mana satu adik mana satu teddy bear.  Si adik pun kelihatannya gembira saja sanggup dihimpit dengan puluhan patung mainan... asalkan ada kawan tempat bermain...



Dan, akhirnya abang long kawasan datang tumpang bergambar sekali.  Kononnya nak tumpang populariti adik.  Ada rupa macam budak lelaki Korea tak?  Oh tidak! Mak Pak nya orang Melayu Malaysia, jadi anak-anak pun muka Melayu asli lah yer, walaupun ada sedikit darah campuran ... tapi itu kisah nenek moyang dulu-dulu... dah tak cukup nak ganding dengan cucu cicitnya sekarang nie.. :P

Eh abang dari dulu lagi dah popular.  Adik kecil ni baru nak masuk panggung gambar kat blog ummi.  Sibuk sajalah abang nie.

Ini sebahagian kisah menarik pada hujung minggu.  Aktiviti permainan anak-anak.  Pengalaman bermain adik-beradik semasa kecil.  Bila dah besar lain pula permainannya.



suka duka pentas dunia.  

1 ulasan:

  1. Hahahaha kiut je adek dihimpit ngan toy2 tu...dia xbising rimas eh...hehe cool sgt

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...