FOLLOWER

4 Mac 2013

Bukan kerana tamak

As salam,


Poster Pokok Kesihatan Mental

Bukan kerana tamak
antara sedar atau tidak
kerja kini sudah mula melambak
sebahagiannya nampak bukan kerja sendiri
tidak kurang juga kerja sendiri yang tertunda
kerana kekhilafan masa lalu

Bukan kerana tamak
tetapi risau dan bimbang
apabila mata mula berpinar
dan mulut pula mula menjuih
bukan salah pilihan
tetapi ada juga kerana terpaksa

Bukan kerana tamak
hanya kerana tidak pandai menolak
bukan kerana gila glamour
juga bukan gila pangkat
sesekali timbul rasa simpati
lalu tersanggup terima sarat

Bukan kerana tamak
takut juga ia terlarang
bukan kerana tamak
kenal juga erti peluang
bukan kerana tamak
tetapi sayang pada kerjaya
bukan kerana tamak
lebih kepada semangat yang tinggi
bukan kerana tamak 

Bukan kerana tamak
tetapi datangnya bagai dicurah
bagaimana lagi bisa menolak
haruskah sembunyikan diri
atau lari terbang ke langit

Bukan kerana tamak
cubalah mengerti isi hati
ia datang dengan sendiri
bukan dari kehendak hati
bukan juga pergi mencari
datangnya bersama harapan yang tinggi

Bukan kerana tamak
siapalah bisa mengerti 
hasrat hati mencari realiti
biarpun sesekali berfantasi sendiri

Bukan kerana tamak
datangnya ia tanpa diduga
perginya ia tidak lama
tersangkut di sini kembali bertaut

Bukan kerana tamak
... semoga hasrat ini bukan khilaf kubra...
hanya Dia bisa mengerti
segala kudrat ini datang dariNya
Sujud syukur dalam diri




"Jauhilah sifat tamak, karena sifat itulah yang mengeluarkan Adam dari Surga, padahal Allah telah menempatkan Adam di Surga yang luasnya seluas langit dan bumi, ia makan dari berbagai macam tumbuhan yang ada di Surga kecuali satu pohon yang Allah melarang untuk memakan buahnya, akan tetapi karena tamak, maka Adam memakan buah dari pohon terlarang itu, maka Allah mengeluarkannya dari Surga"

(Aun bin Abdullah)

2 ulasan:

  1. Bukan salah sesiapa......salah diri sendiri jugak!!!

    BalasPadam
  2. nice sharing!
    pokok pangkal diri sendiri yg tentukan segalanya

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...