FOLLOWER

18 Mac 2013

Bukan tersilap tarikh tetapi teruja

As salam,


Tajuk di atas boleh diabaikan sekiranya tiada kaitan dengan jalan cerita pada hari ini.  Tidak juga kerana sindrom 'Monday Blues' tetapi lebih kepada sindrom 4 'permata di hati bonda'.  Walaupun umi ada kerjaya kesihatan dan kebajikan anak-anak perlu diutamakan.

Bermula dari awal pagi, bahkan dari malam tadi juga Inas Insyirah dah mula mengamuk.  Tidak tahu apa puncanya, sehingga tertidur sendiri dan umi pula dah naik lemau jer hari ini.  Susunan jalan cerita pun dah tak berapa nak teratur.  Maaf lah yer.

Hari ini kalau diikutkan perancangan awal memang perlu sangat ke pejabat untuk siapkan beberapa isu yang pasti kena tanya pada hari ini untuk esok dan hari-hari akan datang.  Tak ade isu lain semuanya perihal urusan kerja dan kemajuan kerjaya diri sendiri.  Majulah kerjaya untuk negara! Apatah..


Hendak dijadikan cerita, pagi hari ini bawa Inas dan Alif ke Klinik Azhar.  Inas dari malam tadi asyik meragam tak sihat badan, tidur pun tak lena.  Pagi tadi masa mandi baru perasan ada kesan lelehan merah yang telah kering keluar dari telinganya.   Alif pula dari hari Ahad matanya dah kelihatan merah, malam tadi baru jelas kelihatan seperti sakit mata.  Nak bawa Diena sama ke klinik tetapi dah siap awal nak ke PASTI juga.  Sihat lah tu.. kalau tidak sudah pasti bangun pagi dok 'melepek' depan tv.

Situasi di Klinik Azhar.  Biasalah sekarang musim penyakit, pagi-pagi lagi dah penuh orang kebanyakannya kanak-kanak.  Untung juga sampai awal, lepas daftar keluar sekejap jalan-jalan cari makan singgah di Restoren Lesung Batu... selepas sejam kemudian datang semula ke Klinik Azhar, tidaklah lama sangat menunggu.

Balik dari klinik, terus bagi bagi Inas dan Alif makan ubat.  Bagi mereka rehat dan tidur.  Ummi pun tumpang sekaki dapatkan ubat selsema dan ubat demam.  Baru lega, kalau tidak hidung ni asyik saja berair dan bersin.. yang peritnya bila bersin tak jadi... leceh betul.  Sekarang dah okey.


Petang, jam 2.30 petang bawa pula baby Abid ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Seri Iskandar.  Inas turut serta.  Jika diikutkan temujanju Inas dah lepas  minggu lepas, tetapi saja bawa hari ini sekali dengan Abid tidaklah banyak kali kena keluar... kurang sikit 'jelingan manja' di ofis... hehehhe

Tetapi.... sampai di KKIA, nurse periksa tarikh...rupanya tarikh temujanji Abid adalah esok... La... ummi tersilap rupanya... tu lah teruja sangat nak ke klinik.  Untung juga lagi, urusan boleh dilakukan pada hari ini walaupun cepat 1 hari.  Abid kena cucuk hari ini... 5 bulan.

Selesai semua urusan penting untuk hari ini.  Semoga kesihatan dan kebajikan anak-anak tidak terabai.

'Permata hati bonda'
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...