FOLLOWER

23 Mac 2013

EARTH HOUR 2013 | Jam Bumi 2013

As salam,

Dengan sengaja menambah maksud yang tidak tersirat disebalik kegelapan selama satu jam.


Padamkan Lampu Selama 1 Jam dari 8:30pm hingga 9:30pm pada hari Sabtu, 23 Mac 2013.


Apa itu Earth Hour?

Seperti yang semua sedia maklum, Earth Hour ini adalah global event yang dibuat oleh World Wildlife Fund (WWF) disebabkan oleh perubahan iklim yang drastik.
Tahun-tahun sebelum ini, boleh dikatakan Earth Hour ini berjaya kerana telah banyak negara turut serta dengan menutup lampu di bangunan – bangunan yang menjadi mercu tanda negara mereka.

Serba sedikit sejarah mengenai Earth Hour ini adalah ianya bermula pada 31 Mac 2007 di Sydney, Australia di mana seramai 2.2 Juta penduduk Sydney menutup lampu pada pukul 7.30 malam waktu tempatan.
Tahun 2008 pula Earth Hour diadakan pada 28 Mac 2008 di mana sebanyak 35 negara dan 400 bandar telah menyertai program ini dan menutup lampu dari pukul 8 hingga 9 malam.

Ada beberapa kebaikan dalam Earth Hour ini dan di antaranya adalah :

1. Menjimatkan elektrik : bayangkan berapa banyak jumlah penggunaan elektrik berjaya dikurangkan terutamanya di pusat-pusat bandar. Sekaligus mengurangkan suhu bumi yang kian meningkat kini.
2. Menginsafkan diri : generasi terdahulu hidup tanpa elektrik membesarkan orang tua kita. Betapa susahnya mereka. Kita patut bersyukur dilahirkan dalam keadaan serba lengkap.

3. Mengingatkan kita : bahawasanya bumi ini memerlukan jagaan kita. Jadi janganlah kita membazirkan sumber yang ada, merosakkan apa yang ada di muka bumi ini, dan lupa akan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini


keterangan di atas di salin semula dari 
: http://www.facebook.com/#!/earthhour/info

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...