FOLLOWER

15 Mac 2013

Ranking terkini dan kaitannya dengan tujuan blog

As salam,


Setelah sekian lama bergeluman dalam dunia bloging sudah tentu kita mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk blog kita.  Walaupun mungkin juga pada awalnya tujuan berbloging adalah sekadar suka-suka kerana masuk kursus buat blog atau kerana ikut kawan-kawan.

Sesungguhnya peningkatan PR dalam blog menjadi satu titik tolak dan semangat untuk terus berbloging dan seterusnya menghasilkan karya yang terbaik serta boleh dijadikan rujukan dan panduan di masa hadapan.

Tidak semestinya catatan itu menjadi rujukan pembaca blog atau pencari maklumat tetapi harus juga menjadi rujukan dan panduan buat diri sendiri.

Hari ini, 15 Mac 2013 (15/05/2013) rank blog yangbaik telah meningkat ke 798,022 di dunia (kan?)... sungguh teruja sangat-sangat.  Sebelum ini Rank sudah meningkat ke angka 900,000 lebih tetapi menurun semula ke angka 1 juta hanya kerana sering lewat dan tertinggal dalam update blog.


Rank pada 15/05/2013


Seterusnya dari Rank di dunia pergi pula ke Rank di Malaysia, hari ini Rank di Malaysia telah menjangkau ke angka 6,222.  Satu pencapaian peribadi yang agak membanggakan.  Jangan pula nanti ada pula hamba Allah yang sangka aye perasan atau syok sendiri.  Sungguh banyak lagi blog di Malaysia yang bagus-bagus sebab itulah blog yangbaik berada di tangga ke 6,222.

Sesuatu yang menarik juga, hari ini blog ini agak popular di Kota Kinabalu, Sabah.  Apakah ianya ada kaitan dengan kancah yang sedang berlaku di Lahad Datu?  Jauh juga memandangkan yangbaik belum pernah lagi bercerita atau mengeluarkan pendapat mengenai kejadian di Lahad Datu.

Apa pun ini baru permulaan untuk memperkenalkan blog ke persada maya.



Akhir kata terima kasih kepada Alexa di atas maklumat dan statistik yang disediakan dan terima kasih tidak terhingga juga kepada anda semua pembaca blog dan pengomen yang tegar atau tidak.  Kunjungan anda sekalian amat bermakna buat yangbaik.  Cuma belum berkesempatan untuk berkenalan dengan lebih dekat.

Sekian, dulu untuk kali ini. 

yangbaik.blogspot.com

 


1 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...